Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

31 December 2009

ReHLaH MaHAbbaH

Kali terakhir ke Pulau Pangkor 2 tahun lepas bersama sahabat baik aku; Mcyah, Najwa dan Azi. Time tu final year kat UIA. Sweeeet memory =) . InsyaAllah... Takkan lupa kenangan antara kita.

Kali ni aku berpeluang semula ke P.Pangkor bersama hubby. Menghabiskan cuti 3hari 2malam. Kira 1st honeymoon la nih lalala...  Syukur sampai ke Manjung dengan selamatnya, kami dijemput oleh Makdak untuk transit sebentar di  rumahnya. Diorang selaku penaja penginapan, makan& 'duit jajan'. Terima kasih MakDak&sekeluarga!!!.

Petang tu ke Pangkor untuk dapatkan hotel. Malang banyak chalet& hotel yang penuh. Aduhai...Betapa ramainya umat datang ke sini. Dalam hatiku  dah mula cuak. Takkan  balik gitu je huhu. At last ! dapat jugak satu bilik kat Cystal Hotel. Fuh! lega+ gembira. Terima kasih Allah... =) Senyum pun lebar semula. hehehe

Jumaat-  18.12.09

Satu kejutan!
Kat kedai camera
Disebabkan kamera yang yang bawak tu asyik problem jer, hubby terus decide beli digicam baru

"alhamdulillah syukur nikmat....kepada Tuhan yang memberi Rahmat!!"

        Terima Kasih Hubby!


Dalam feri menuju ke Pulau Pangkor

Sabtu 19.12.09

Jalan-Jalan di Teluk Batik


Tengah tunggu key chain comel diukir..

Makan malam bersama famili MakDak...

Angin malam di Waterfront, Lumut
 

 
Jam kecil     :" Terima kasih jam besar . Waktu yang dilalui amat beharga sekali "
                              Jam besar     :  "Sama-Sama kasih" =) umur panjang jalan2 lg....

*****************************************************************************

29 December 2009

Subuh Bukan Milikku!


Banyak cabaran nak pastikan amalan solat kita dalam keadaan 'tip-top', antaranya solat di awal waktu. Disertakan fakta sains sebagai motivasi untuk kita lebih bersungguh mematuhi waktu yang disusun oleh Allah Yang Maha Mengetahui apa yang baik buat hambaNya.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
wallahu'alam.


anekdot:
 "Pastikan subuh ini milik kita setiap hari...."


petikan dari sumber seorang sahabat 'matahari'- laman friendster

Selamat membuka Diari baru!


Assalamualaikum...

Kesyukuran dipanjatkan pada Yang Maha Esa diakhir tahun 2009 denyut nadi masih bergerak.
Ape khabar sume?....
Diam tak diam dah 29.12.2009 hari ni, cepat kan masa berlalu.
Perasan tak, kalau apa-apa yang kita suka dan tertunggu-tunggu, kita nak masa bergerak dengan cepat. kalau sesuatu yang menanti berlaku esok adalah sesuatu yang menyedihkan nak saja kita 'delete' hari tu kan? Perasaan yang menjadikan manusia untuk tidak sanggup menghadapi kenyataan.  Sepatutnya kita lebih banyak berdoa&berserah pada Allah, bukan memikirkan yang bukan2. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.

Dalam keseronokan bercuti, rupanya lagi empat hari lagi aku akan kembali ke Bintulu. Bermakna setakat ini permohonan pertukaran masih lagi tidak diluluskan.  Bermakna juga aku kena jalan kaki lagi ke sekolah =P. Tahniah buat kak Faridah(my senior masa kat UIA)&husband yang mendapat pertukaran di saat2 akhir. dengarnya dapat pindah balik ke Perak. Selamat mendidik ditempat baru ye kak=).

Semalam juga baru dapat diketahui tarikh temuduga SPP untuk mengesahan jawatan. Kena stadi balik untuk tu semua.

Mengenang kembali saat2 menjejak kaki ke Bintulu terasa diri jauh dari keluarga, tapi semakin lama perasaan tu makin hilang bila mendapat teman2 yang sangat baik& sporting. Kalau tak kerana sokongan dari hubby & rakan2 senior dah lama aku 'lemau'. Manakan tidak menghadapi suasana sekolahku yang paling ramai di Malaysia yang hampir 4000 pelajar manakala gurunya lebih kurang 250 sampai tak kenal pun kadang2 antara sesi pagi&petang.

Jauh di sudut hatiku, memang sedih dengan pelajar-pelajar disini. Ada lagi yang masih lagi buta huruf, buta jawi lagilah banyak! huhu. Kadang-kadang bila lihat pelajar yang tak tau perkara asas tentang rukun Islam, Iman, wudu', solat rasa nak terus je nangis dalam kelas. Mereka ambil mudah dengan dan tak kisah. Asal datang sekolah dapat jumpa kawan-kawan. Kasihan mereka. Ada yang hampir berubah, tetapi bila pulang ke rumah tiada teguran& didikan dari ibubapa menyebabkan ilmu yang dipelajari hanya di sekolah dan tidak diteruskan dirumah. Kadang-kadang arak, judi, menjadi santapan di rumah sendiri. Sungguh menyedihkan =(.

Di sini, kami kerap mengadakan potluck antara guru mostly guru semenanjung la. Boleh dikatakan sebulan 2 kali. Yang bestnya tempatku menjadi tumpuan untuk meja hidangan kerana kawasannya strategik dalam bilik guru tu. K.Hasnah- cikgu yang senior baru berpindah dari Johor- dapat tukar & pulang ke negeri asal-Sabah bah. Antara teman2 sembang bilik guru; cikgu Hana, Ustaz Bad, K.Yumi, K.Zana, SAl, Dee, Wasyirah-dah pindah, Cikgu Midi, Cikgu Zaidi-dapat pindah jugak, K.g (my housemate), K.Ayu.   Biasanya Kak Hasnah jadi ketua untuk urusan jamuan gini, sekurang-kurangnya dapat jugak hilangkan tension senda gurau bersama teman2.
Lepas raya aritu, boleh dikatakan hari2 ada open house. Biasanya guru yang dah berkahwin la akan mulakan dulu. Macam kami cikgu2 yang bujang ni memang sediakan perut. Wah masa tu macam2 dapat makan. Barulah dapat jumpa lontong mee soto, sate, laksa penang di Bintulu ni.
Kalau guru yang bujang2 pulak biasanya kami akan kongsi ramai2 dan buat open house di rumah sewa yang antara kami yang agak luas. Gitulah aktiviti time raya. Di akhir tahun pulak, ada lagi jamuan untuk guru2 yang dapat berpindah. Kalau tak pun belanja makan. Itu mesti!

Erm... ape lagi yang menarik untuk cerita ek. Oh sepanjang di sini aku hanya sempat berjalan-jalan di Miri. Lain2 tempat insyaAllah akan menyusul, kalau tak pindah hehe..

Masyarakat di kawasan tempat tinggalku memang peramah. Asal kenduri je mesti dapat jemputan. Bahagian Bintulu ni ada satu kawasan pantai; Tanjong batu. Kalau nak kedamaian datang sini. Tenangkan fikiran.

Rasanya itulah saja yang dapat dikongsi untuk kisah setahun jagung dalam arena pendidikan. Pengalaman mengajar seseorang lebih berhati2 &menjadikan manusia itu semakan matang.
Pegalaman adalah guru yang sebenar! Renung-renungkan. wassalam....

anekdot:
"Selamat menghabiskan cuti untuk semua guru. Semalam keluar dengan hubby pergi Jusco beli 'baju sekolah' & perkakas alat tulis =)"

  Disember
 1hb 2 3 4 5  6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21  22  24 25 26  27 28  29   30  31

 Januari 
 1  2  3 ---------> tinggal 4 hari lagi !









17 December 2009

Tahniah buat mereka2 ini...

Salam maalhijrah...
Selamat melangkah ke tahun baru semua. Moga ditahun baru ini lebih bersinar dengan nur dan rahmat Ilahi...
Sekalung tahniah diucapkan pada  sahabat2  yang telah melangsungkan perkahwinan:
  • Musliha Jalil & pasangan- teman dari tadika sampai masuk 'u'.
  • Mazatul Iqlima& pasangan- Teman di Maktab Mahmud (dorm 6-ASPUPET).
  • Jami'aini & pasangan- teman masa kat UIA- Sekarang bertugas di Sabah
  • Shamsinar& pasangan - Teman dari matrik till DPLI- sekarang bertugas di Labuan.
Mohon maaf yang tidak terhingga kerana tidak dapat hadir kerana tarikh jemputan hampir dengan majlis di sebelah pihak hubby.

Apapun, BarakAllah hu fik....SELAMAT PENGANTIN BARU semoga kekal hingga
KE SYURGA.
Khas buat:
  • cikpah- bakal mengikat tali pertunagan hari ni, moga majlis berjalan dengan lancar...
Tahniah juga buat anak buah Fatin Farhana telah berjaya mendapt 5A- UPSR.

Baru aku  teringat ayat ni:

"makjang kalau kakak dapat 5A kena kasi duit ek? 1A = Rm10".

 so kena hulurRM50 la ni...takpe pakjang ade... Fatin mintak ngan dia ek??? hihihi

16 December 2009

Seimbas lalu...Love memory




Satu Rasa Dua Hati



majlis khatam al-quran



bersama hubby selepas khatam al-Quran




Ketibaan Rombongan
  

          'hubby, pandang ape tu?'
 
majlis berzanji & marhaban oleh kaum ibu


To hubby: "bersama mencipta cinta sepanjang perkahwinan"


anekdot: 

" MANUSIA MELAHIRKAN CINTA

CINTA  MELAHIRKAN MANUSIA"

GERIMIS SAKINAH MEMBAWA PASANGAN MEREDAH LAUTAN MAWADDAH. BERTEMANKAN RAHMAH UNTUK MENEMPUH HARI CERAH DAN MENDUNG HITAM , MANIS MADU, PAHIT HEMPEDU PADA REALITI SEBUAH KEHIDUPAN PASCA 'AKU TERIMA NIKAHNYA......'



14 December 2009

Kenduri kesyukuran

Assalamualaikum...
Peace no War =P
Selamat Hari Isnin sume. No monday's blue k...
Khamis malam Jumaat, majlis kesyukuran di rumah mertua atas kelangsungan walimatul u'rus kami yang berjalan lancar& baik sekali pada 5/12/09 yang lepas. Hampir 100 orang hadir untuk majlis tersebut. Syukur semuanya telah berjalan dengan lancar.
Next, Bagi yang berada di Selangor,Jumaat lalu cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, so 3 hari cuti. Korang pegi mana? Our activities are:
My hubby & I went to Batu Pahat, Johor for ziarah hubby's families.
Arrived there- Suasana kampung yang damai. Sempat jugak snap some pics for viewing. Hubby bawak pusing2 kat Summit Batu Pahat & Batu Pahat Mall. Masa kat BP Mall, I asked my hubby nak beli apa for souvenir first time datang BP ni. Lepas jalan-jalan je, jumpa jam tangan, it's so sweet. So belilah. =)
Then, balik rumah maktok pekena asam pedas ikan tuka. Sure bertambah 2 pinggan. Hubby geleng kepala jer tengok aku makan. hehe. Sepanjang kat kg memang asyik makan jer. Masih diraikan sebagai pengantin lagi, macam ni hari-hari nak jd pengantin tau hihi..Cuma yang belum sempat makan nasi beriani gam dan mee bandung Johor. Next time I should try insyaAllah.
Hari Ahad balik Kl semula. Dalam perjalanan singgah kat Rembau- rumah PakUda& mak Uda+s. Then diorang ajak pegi KfC, alahai makan lagi. Pukul 9 malam bergerak balik ke Cheras. Sampai rumah ja terus collapse! ZZzzzzzz
anekdot: hubby ngomel katanya letih mengalah dia aje driver, walhal co-pilot je =D
NeXt weeK..... tak sabar rasanya menunggu next Friday! ahaks ;D

09 December 2009

Bila dua hati bersatu...




Kaifahal?

Aku alhamdulillah sihat...

iman? kadang-kadang bertambah kadang2 berkurang.


Dah lama tak mengaktifkan jejari untuk blog ni. Ada yg dok komplen mana n3 baru..

Also my hubby la yg sibuk2 cakap takde blog, nak berblog, bila dah ada blog tak update pon. Aisyeh.. paham2 jela masa kat Bintulu aritu takda internet.. harap kat intenet sekolah, fuh malas nak memikul laptop usung kesana kemari dah la berjalan kaki je. Harapkan internet umah kak We - cikgu sebelah rumah- tu cam cipsmore je hehe. Lepas ni K.We dah pindah so internet pon sah2 takda... dah banyak kali aku hint kan hubby beli broadband baru. Sekarang ni yg terbaru 'potong'. Takpe pasni dapat kot...hihi


Perjalanan hidup baru bermula..

Life after marriage...so far ok. Terbaru kenduri sebelah hubby pada 18 Zulhijjah 1430 Sabtu lepas- 5/12/09..

Dipendekkan cerita, aku compress la apa yang berlaku selama aku menyepi.

Begini...

Selepas sehari kenduri kat Kedah, aku dan hubby berpisah mengikut haluan masing-masing. Masa ni masing2 menghitung hari bila pulak dapat berjumpa. So pejam celik2 19 November cuti sekolah pon bermula. Horeyyy!!! sehari sebelum tu aku dah siap mengemas baju hihi.....(em..walaupun permohonan pertukaran guru untuk berkhidmat di semenanjung tidak diluluskan). Tak kisahlah asalkan balik dulu. So, berbekalkan semangat dan moto everyone can fly include me haha aku selamat tiba di Lcct. Hubby jemput di airport. Haaa.. masa tuh perasaan serta emosi aku dapat rasa macam mula-mula jumpa masa kenal 5 tahun dulu tau. Dia yang nampak aku dulu tup2 dah pusing eh..eh dah ada depan mata. Alahai...memang syahdu...sapa tak syahdu tak jumpa suami 2 bulan. Sape2 yang pernah berpisah kejap ngan suami/isteri sure dapat rasa feeling ni kan???- Ustaz Bad, Cikgu Zaidi, Wasyirah, Najwa, Azi mesti senyum tanda faham...hihihi


So, aku tinggal kat rumah mak mertua sampai sehari sebelum raya haji sementara menunggu hubby dapat cuti. Masa ni mak mertua aku memang tak kasi keluar rumah. Kalau nak keluar pun malam je. Katanya hilang seri nanti... ceeewah. Sebagai menantu yang baik, aku turut je hehe.

Khamis malam Jumaat kami berangkat balik Kedah. Sampai di pagi raya. Kali pertama lah ni sampai pagi raya. Boleh pulak sampai je pagi raya, time bersarapan bersama keluarga, hubby baru bagitau yang dia dapat cuti sampai hari Isnin, tupun k.long yang tanya nak balik Kl bila. Kalau tak sah2 aku lagi tekujat hehe.. Mulanya aku tak perasan lagi, tapi dah banyak hint hubby bagi aku tak dapat nak faham lagi...Kejutan tuuh kalau dapat cuti sampai seminggu lagi best kan dear???so disebabkan balik Isnin dapat la aku dan hubby pegi kenduri kawen Mr.Tan(Najwa's
Bro.) pada hari Ahadnye.

Esoknya, balik KL semula. Maka bermulah persiapan untuk majlis menyambut menantu. Memang meriah. Almaklumlah hubby anak sulung. Besarlah sikit kendurinya.

Tiba hari kejadian, syukur Alhamdulilah segalanya berjalan lancar. Kehadiran tetamu hampir 3000 orang. Lepas kenduri baru aku perasan ada cendol, roti canai, bubur kacang. Semua tu habis skelip mata je. Satupun takdapat merasa. Takpe asalkan tak membazir. Syabas mak&ayah mertua dapat menguruskan kenduri dengan lancar dan baik sekali.
Sekalung penghargaan kepada ahli keluargaku: kaklong, kak nagh, k.Yo abg Ya yang sanggup turun Kl untuk rombongan, Abg Det& Kak Su-Putrajaya, Siti& Nasir-Ampang, serta Abg Lan sekeluarga. The most important person my mum&dad. i love u all!!

Terima kasih yang tidak terhingga. doakan kami bahagia.AMIN




anekdot: Simpang jalan depan rumah jem bangat.

Terima kasih semua jemputan terutamanya rakan2 yang dari jauh jauh sanggup datang, also terima kasih pada Ija dan suami serta Mr.Tan & isteri yang hadir depa dua ni tetamu penutup majlis petang itu hihi.









30 September 2009

7 syawal 1430 hijrah

Penghargaan

Buat sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa menghadiri walimah kami, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan.
Buat sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir, terima kasih atas ucapan dan iringan doa kalian.
semoga limpahan doa dari kalian, memberi keberkatan dalam rumahtangga ini serta dilimpahi mawaddah dan rahmat serta kasih sayang untuk kami berdua. Amin.

29 August 2009

makin hampir...

Hari Jumaat petang...hati makin berbunga riang. Masakan tidak esk aku akan kembali semula ke Semenanjung lalala...

Semak exam paper pun tak habis, namun balik tetap balik...
Nanti datang peksa kertas pas cuti hehe..Malamnya fokus pada kemas luggage Esok aku akan bangun sahur. alahai bersahur di Bintulu, berbuka di Kl. Mean perjalanan masa yang panjang. takpe janji dah dapat balik pun dah ilang rasa lapar...

Esok paginya, uncle teksi datang menjemput di rumah. Kali ni aku balik dengan 2 kawan; Syirah &Ana. Kali ni perjalanan di awan biru tak selancar sebelumnya. Cuaca yang mendung dan hujan, membuatkan flight bergoyang. Tak mampu lagi membendung rasa ingin keluarkan apa yang dah sahur pagi tadi. Dekat 3 jam jugak. Alih2 sampai kat LCCT aku terus ke washroom. Memang tak tahan.

Jam 9.00 malam selamat mendarat di Kedah. Tenang rasa. Syukur Alhamdulillah.
Balik kali ni adalah persiapan terakhir untuk walimatulurus. Hari-hari keluar untuk uruskan persiapan. 'Final touch' lepas raya hehe. Wlu camanapun, masih ada dua tiga perkara yang belum dibereskan. Moga2 balik raya nant sempat. Sebut pasal raya, alahai paling sedih aku akan sampai malam raya, tapi kalau anything happen pagi rayalah sampai kg. jawabnya. dalam sejarah tuh kalau sampai pg raya. tak pernah seumur hidup gitu. Tolong doakan perjalananku dipermudahkan. amin3x

Esok aku terbang semula ke Bintulu. ok suma Selamat Bersahur!
ilal liqa' maássalamah...

Jambo Sale!!!

salam..
Salam ramadahan buat sahabat-sahabat,
bulan pesta ibadah..
Ramadahan sale from Allah.


Rasulullah saw bersabda : “Penghulu segala bulan adalah bulan Ramadhan dan penghulu segala hari adalah hari Jumaat” (Thabrani dan Baihaqi). Ramadhan disebut juga dengan sayyidus syuhur atau penghulu segala bulan. Tentu saja, bukan tanpa alasan jika Ramadhan diberi kehormatan lebih mulia dari bulan-bulan lain. Suasana di bulan ramadhan begitu indah, Allah SWT melalui lisan Rasul-Nya mengungkapkan bahawa di bulan Ramadhan, syaitan-syaitan di belenggu, pintu neraka ditutup dan pintu-pintu surga di buka. Penjagaan Allah ini sungguh terasa dampaknya, sehingga selama Ramadhan, kita cenderung suka dan semangat untuk beramal soleh.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu salatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

02 June 2009

Balik kali ke-2

salam...
hai...
aku doakan semua sihat...
Syukur pada Allah kali kedua dapat balik dari perantauan.
selamat mendarat di LCCT pukul 6.15 petang, 31 Mei.
tapi masih lagi di Bandar Baru Bangi.
menginap sebentar untuk urusan yang belum settle.
dan sekarang aku berada di UIA untuk urusan clearance.
masih tak dapat settle lagi kerana staff uia terlibat dengan sukaN.
InsyaAllah esok dapat siap.
lepas tu balik semula ke Bangi.
cadang nak stay lagi 2 hari
kemudia nak menapak ke JLn Majid India-shopping untuk 'bigwork' hehe
moga dipermudah urusan.
Merujuk pada kawan2 yang lain, perasan sayu tetap singgah di hati
Taman Ilmu&Budi ada auranya sendiri
tatkala kaki melangkah masuk ke main gate
segala kenangan mengimbau dari
1st Year undergraduate sampai la menjadi postgraduate
InsyaAllah ada rezeki, nak sambung belajar sini lagi...
Balik kali ni aku harus mempergunakan waktu sebaiknya
untuk uruskan majlis.
harap2 sebelum balik segalanya dapat settle.
Amin...
anekdot:
selamat bercuti untuk teman-teman guru sekalian..
Enjoy your Holiday!

03 February 2009

bintulu rupanya!!!

salam....
Apa kabo sume?hari tu dah suspen nak dapat mana ... sekarang terjawab sudah persoalanku. Aku ditempatkan di bandar Bintulu- 'oil town'. Segala kemudahan senang diperolehi. Alhamdulillah harini dapat jugak aku menjengah blog yang suram ni. Takut2 nant ada hantu plak haha. Iyalah dah hampir sebulan aku di sini inilah kali pertama aku onliene. Kalau nak ikutkan aku dapat kawasan bandar Bintulu tapi memandangkan kekangan yang ada jadi, hari ni baru dapat nak jengok ceritera kwan2 di tawau, kl, uia, uk dll. Setakat waktu yang ada ni boleh diceritakan sikit keadaan aku di sini. Aku menyewa dengan sorang cikgu jugak. Mengajar satu sekolah. dapat mengajar opsyen pilihanku-pendidikan Islam. syukur...Alamak kelas dah dekat ni. aku terpaksa benti dulu tapi...menelusuri perjalanan hidup yang baru bermula...macam-macam ada! macam-macam nak cita..kita sambung len kali ek! wassalam...

anekdot:
Buat rakan2 yang akan walimah bulan Mac
selamat membuat persiapan..aku balik bulan tiga nanti hehe...

You and Me

Daisypath Anniversary tickers