Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

21 May 2010

Kulit saja di mana Isinya

16 Mei dalam draf!

Harini baru dapat hantar....

'Selamat Hari Guru'
Entah apa tiba-tiba saya teringat subjek geografi masa sekolah dulu. Keberkatatan ilmu yang diperolehi masih lagi ingat sampai sekarang. Saya masih lagi terngiang-ngiang suara Cikgu Rasmona semasa mengajar tajuk koordinat lajur-baris tapi sayangnya tak sempat lama dengan beliau kerana dia bertukar proffesion menjadi pegawai Kastam( kalau tk silap saya)

Satu lagi syair arab by : Nabighah az-Zibyan


Unbiktu anna abaqabusa au adani
Walaqarara ala zakri min asadi
yamuddu kulluwahidin manazzabadi
...........................................................
...................................................
.................
........
...
..

 dan hadis yang paling saya ingat: Iza hadasa kazaba....(hadis ciri-ciri orang munafik)

emm.. Muskil...muskil....napa la susah sangat student sekarang nak ingat ilmu yang disampaikan? apatahlagi nak diamalkan...
 
Guru2 dulu mengajar dengan ikhlas dan ilmu yang lahir dari sanubari. Keikhlasan itulah menjadikan ilmu itu tidak padam.
(aduh! tak cukup ikhlaskah saya mengajar atau ilmu yang keluar hanya ibarat bertih jagung dan omelan kosong!)

Dilema yang dihadapi bila asyik mengejar silibus, hingga penghayatan ilmu tidak lagi dihiraukan. Natijahnya kurang penghayatan dalam pengajaran guru menyebabkan pelajar hanya belajar tapi tak tahu amalkan....

Tidak hairanlah ramai guru-guru kita yang ramai anak murid, dan pada masa yang sama dapat 'cucu'. Tak cukup dengan tu ada yang lari dari rumah, teguk air kencing setan, setakat merokok petik jari saja!

 Ada pelajar yang makin ditegur makin menjadi perangainya bagai disuruh2 pulak.

Kepada yang baru nak jadi guru, cita-cita nak jadi guru? sudah jadi guru? ramai sudah jadi guru namun pastikan jadi cikgu yang ada tempat di syurga...caranya bagaimana???

~Jadikan Mengajar itu  satu Ibadat~

Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul
Sama-sama kita kita memanusiakan manusia...


anekdot: Ingin jadi guru yang namanya meniti dalam doa pelajar-pelajar untuk kesejahteraan.






























































04 May 2010

musim bunga!

Salam 1 Mei buat rakan2  semua...

Saya selamat mendarat di Bintulu semalam. Saya baru balik dari berjumpa dengan anak mak mertua ^_^. Berbaloi! tiket RM 500 lebih tuh...alhamdulillah semuanya selamat dah.  Ok my dear  thank you so much! Bestkan!^_^   ^_^ Kamek sik mau madah cerita pulai ghumah tork. Seronok sangat sampai tak bleh nak cerita.

Untuk makluman tuan puan/ cik semua, di Bintulu..........
kini tengah musim bunga...memang sangat cantik...Ahaaa yg saya maksudkan musim bunga mempelam tau! dan hampir semua di kawasan kg ada pokok mempelam. Kiri kanan rumah semuanya ada pokok mempelam. Rendah pulak tu. Canteklah ah...! Ada yang dah berbuah pun. Apelagi lepas ni sedaplah wat cicah colek emm...nyumm...nyum...
Saya dan housemate mula intai mempelam jiran - intai baru =) Suatu petang saya balik dari sekolah, kebetulan m.cik sebelah rumah tu ada depan rumah dan pelawa saya buah mempelam di sebelah rumahnya. Senyum lebarlah saya pucuk dicita mempelam pun datang...Esok pagi saya kami dikejutkan dengan ketukan pintu rumah bertalu2. Agak kompius 4 saat sapa pulak pagi2 datang rumah. Alih2 buka pintu, m.cik sebelah rumah hantar buah mempelam. Oh terkejut jugak ingat ada delivery nasik lemak pagi2 ni hihihi. Terima kasih m.cik..nampak ke kami intai mempelam m.cik hehehee malunya! Ah kalau malu lapar tau...=P

Ok lepas ni kena fikir untuk buat soalan exam Form 1 pulak! Buat soalan senang biar senang budak jawab dan senang ustazah marking hahaha... (Mmg kena pelempang ngan Ketua  panitia lah jawabnya kalau buat gitu ) ...

daaa.......

anekdot: Semoga graf semangat terus meningkat amin...

 

You and Me

Daisypath Anniversary tickers