Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

02 June 2009

Balik kali ke-2

salam...
hai...
aku doakan semua sihat...
Syukur pada Allah kali kedua dapat balik dari perantauan.
selamat mendarat di LCCT pukul 6.15 petang, 31 Mei.
tapi masih lagi di Bandar Baru Bangi.
menginap sebentar untuk urusan yang belum settle.
dan sekarang aku berada di UIA untuk urusan clearance.
masih tak dapat settle lagi kerana staff uia terlibat dengan sukaN.
InsyaAllah esok dapat siap.
lepas tu balik semula ke Bangi.
cadang nak stay lagi 2 hari
kemudia nak menapak ke JLn Majid India-shopping untuk 'bigwork' hehe
moga dipermudah urusan.
Merujuk pada kawan2 yang lain, perasan sayu tetap singgah di hati
Taman Ilmu&Budi ada auranya sendiri
tatkala kaki melangkah masuk ke main gate
segala kenangan mengimbau dari
1st Year undergraduate sampai la menjadi postgraduate
InsyaAllah ada rezeki, nak sambung belajar sini lagi...
Balik kali ni aku harus mempergunakan waktu sebaiknya
untuk uruskan majlis.
harap2 sebelum balik segalanya dapat settle.
Amin...
anekdot:
selamat bercuti untuk teman-teman guru sekalian..
Enjoy your Holiday!

You and Me

Daisypath Anniversary tickers