Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

28 January 2010

Pagi Tadi...... telah berlalu.

HUH! melepas beban semalam!

Terima kasih atas doa semua. Teruja...takut...pasrah semua bercampur aduk...
Uncle C menjemput saya di rumah, memandangkan hujan yang tidak menentu sehari dua ini lebih baik saya mengambil proaktif begini(cewah proaktif tuh!). Kalau sebenarnya perjalanan hanya 10minit saja, lebih tenang masuk teksi, duduk, dan keluar. Kalau berhonda tayar  dua, saya takut perasaan bercampur aduk mengganggu jiwa saya yang memang sudah mendebarkan ini.

Sampai di Plaza hotel pagi tadi, saya menyapa 3 rakan guru yang sudah ada menunggu dan.............. terus ke restroom. Membuang debaran hehehe. Kemudiaan, menunggu semua sijil disemak dan angka giliran saya yang ke 4!. Guru pertama yang masuk lebih kurang 20minit. Sempat merisik padanya tentang satu dua soalan. "Fokus pada isu semasa katanya".

Najiyah Kassim masuk! wah cepatnya masa saat menunggu begini." bismillah tawakkal alallah."
Perasaan debar mula hilang sedikit. Perkenalkan diri dan menunggu soalan yang seterusnya debar sudah mula hilang sedikit lagi. Tiada fakta dan hanya isu yang diutarakan mengenai "penggunaan kalimah Allah" dia yang banyak bercakap dan terus menceritakan kisah dan pengalaman semasa di Califonia dalam satu majlis. Dia menyarankan agar bila bersama-sama dengan non-Muslim dalam satu majlis, silalah juga  untuk menyarankan kepada mereka untuk membaca doa di dalam agama masing-masing. Malah tuan Pengerusi (kalau interview SPP mesti panggilan ini tau!) lebih banyak berkongsi kisah sebelum dia convert kepada Muslim. Saya membuat kesimpulan sendiri, dia banyak pengalaman malah apabila seseorang yang kembali kepada Islam, pegangannya lagi mantap dan telus dapat membuka minda saya. Saya mendengar dan mengangguk. Sedar tak sedar sudah setengah jam lebih. Mengakhiri pertemuan, sebenarnya confius mula melanda. Saya sangsi! saya yang tidak banyak bercakap. Adakah saya lulus?! Saya keluar dengan dengan harapan satu....'Aku mahu LULUS'. Alahai mudahkan urusan ini Allah...Amin

EH!  BARU SAYA TERINGAT.
Semasa dalam bilik temuduga tadi, satu kerusi mengadap penemuduga, untuk yang bakal ditemuduga dan satu lagi kerusi disebelah kerusi tersebut rapat tapi kedudukan yang senget. Apakah maksud dan simbolik kerusi itu? Adakah kerusi itu juga satu dugaan untuk kami yang masuk di bilik Kanowit itu???

* hari ini ber 'saya' kerana lepas bertemu dan diduga..hehehe

18 January 2010

They are happy go lucky....

Thing!


"Ustazah cakap kalau berwudu' mesti basuh muka..... macammana kalau orang tu takda kepala" satu soalan ala-ala higher order thingking muncul di bibir Iskandar. "A'a betul tu kalau orang tu gondol kepala macam mana nak basuh rambut dia?"Zainol pula menyambung. "Em betul tu, kalau orang tu pakai kaki palsu kena basuh tak kaki palsu dia? Hamka pula bertanya.
aku tersenyum mendengar persoalan tiga pelajar tadi. Menarik dan jarang ditanya kalau pelajar-pelajar di sini, that means, they are thingking & good listener during my lesson.


Kalau diamati setahun dalam bidang mendidik di sini tak pernah ada pelajar soalan begitu. Saat menjawab persolan mereka semuanya terpaku penuh minat. Dalam hati aku berdoa moga-moga mereka terus berminat dengan terus seronok untuk belajar agama. Syukur Allah.... moga nur dariMu terus melimpah &lekat di hati mereka. Amin


Buat pengetahuan pelajar-pelajar ni semua dari kelas 1R&S. Ceria n happy go lucky, memang bersemangat..Namun aku akan hanya sempat bersama mereka 6 bulan saja sebab mereka akan berpindah ke sekolah yang baru dijangka siap bulan 6. Kalau takpun mungkin sebab ustazah diorang ni dapat berpindah pulak =) bulan 6 ni. Alahai berangan yang mengaharap jadi kenyataan. 


Kali ni, kalau diamati, tingkatan satu nampak lebih celik jawi&quran. Terubat sikit bila mengajar budak-budak yang ala-ala standard 6 ni.


ok cukup cerita pasal anak didik....


Aha.... dah melepasi minggu kedua persekolahan...
Eh! sebelum tuh semua guru pastinya sibuk bangat diawal minggu2 begini. Aku pon banyak kerja2 pengkeranian yang harus diselesaikan dan dah dibawa balik ke rumah, tapi my heart cannot go on la. Dah sampai rumah semua kerja tak boleh nak diteruskan. Seharian di sekolah dah cukup penat untuk teruskan 'kerja-kerja kerani' kat rumah ni.


Jadual yang sangat padat. (eleh macam ler cikgu lain tak banyak keje iye dok???)hihihi


Untuk tahun yang kedua ni, alhamdulillah dapat mengajar tingkatan 1&4. So far masih lagi berjalan lancar. Harapnya dapat buat  yang terbaik tugas ditahun 2010 ni...


Aktiviti terdekat :



Hari Sukan Sekolah
Opening Smart Group
Temuduga PPPS (Kawan-kawan tolong doakan ya = ) terima kasih
MTQ peringkat sekolah.


Rabbiyassir wala tu'assir...Rabbi tammin bilkhair Ya Kareem...Wassalam...









15 January 2010

"Kalaulah aku diberi pilihan....."




SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing.

Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah.

Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah!

“Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja!

Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah.

Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup.

Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:




  • Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

  • Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

  •  Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

  • Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya.
Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar.

Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?

Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”


 

Sekadar renungan untuk anda dan juga saya =).......





07 January 2010

Pantun Untuk Kanda...


***********************************************


Limau purut lebat di pangkal
Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang rindu apa ubatnya ....

Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Rindu kini tiada penghujung

Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi


Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu


Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Tuan di sana saya di sini
Bagai pungguk rindukan bulan  

Disana pauh di sini pun pauh
Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama tanggungkan 

******************************************************************

You and Me

Daisypath Anniversary tickers