Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

22 December 2010

Diari Hamil

(Panduan Lengkap Kehamilan)

anda ibu mengandung??
anak sulung?kedua? ketiga? .....

Apa yang dicari-cari sepanjang tempoh kehamilan anda???tentunya maklumat dan info sebanyak mungkin tentang kehamilan anda samaada melalui internet dan membeli buku2 serta mengumpul pengalaman rakan sebanyak mungkin untuk menyambut orang baru. Kalau boleh semua ibu impikan yg terbaik untuk anaknya.


"Apalagi yang harus aku tahu???" inilah yang selalu bermain di kotak fikiran saya.


Terbaru yg yang saya miliki sebuah Diari Hamil yg sangat comel dan kandungannya sangat berinformasi untuk dijadikan panduan sepanjang tempoh kehamilan.

Bagi saya buku ni menarik kerana:
  1. mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu dalam tempoh kehamilan
  2. tip-tip yang berguna (cara bersenam, , petua menanti saat kelahiran serta persediaan pantang bersama petua2 yang menarik)
  3. amalan dan panduan sewajarnya sebagai Muslim
  4. checklist, catatan ibu serta memo ibu untuk rujukan dan serta dihayati oleh anak2 saat2 manis dan pahit semasa ibu mengandungkannya...dll




Ini cover depannya




Antara isi kandunganya


Bahagian catatan ibu








Sangat menarik bukan?? tak perlu menghadap PC lama2 untuk mencari info yang kadang2 menyakitkan belakang anda huhu. Ia sangat memenatkan...

Anda boleh membaca dalam keadaan santai sambil duduk, berbaring, bergolek(eh jangan2) dan mudah untuk dibawa kemana sahaja!!! 
 
 Malah boleh dijadikan hadiah buat rakan2, saudara mara yang bakal menimang cahaya mata atau suami jugak boleh hadiahkan pada  isteri tersayang anda ( pasti isteri anda melompat girang hehehe )  

Saya  bersyukur bila memiliki buku ini walaupun kandungan sudah menjangkau  7bulan sbb buku ni baru je keluar dari oven november 2010 namun susah didapati di kedai buku kerana kehabisan stok. Akhirnya saya terus memesan secara online dari penerbit dan menjadi ahli hehe puas hati aku.


Ibu2 sekalian, cubalah dulu mencarinya di MPH,Popular dan kedai2 buku....tapi kalau susah juga nak dapatkanya boleh tempah melalui saya...silakan2

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Diari Hamil yang comel ni, boleh membuat pesanan dengan menghubungi saya 0192732321 (SMS sahaja) atau email enjy_84@yahoo.com
 sertakan : NAMA PENUH & ALAMAT

ANDA JUGA BOLEH MELAYARI KEDAI BUKU ONLINE UNTUK MELIHAT BUKU2 TERKINI
 

             


harga pasaran:(tidak termasuk bayaran pos dan bayaran pos ditambah RM5 shj)                   
    
Semenanjung malaysia:RM26
Sabah&sarawak: RM28

* sekitar Lembah Klang delivery dalam masa 3 hari sudah sampai  insyaAllah


ok.... SeLamaT Memilikinya =)

Kesudahan bahulu panas dr bintulu!!!

(untuk rakan yg terlihat di facebook nilah isinyer!!!)


Sedap jer bunyi tajuk entry ni…tapi sepanjang tujuh ratus dua puluh hari saya berada di Bintulu (kasi cam lama skit) rasa cam tak jumpa plak bahulu panas yg segar dijual sama ada dipasar malam atau di mana2 mall…
Sebenarnya, bukan bahulu panas tp bungkusan panas yg diterima dari rakan2 seperjuangan yg comel dr Bintulu pada 16 dis 10 yg lalu…

Hari tu saya menunggu posmen dengan kebosanan dan mengantuk, dan tiba2 adik ipar saya mengetuk pintu bilik, katanya ada bungkusan sampai...bukan main terkejut lagi…hey cik akk sabar ye...jangan lompat di depan adik ipar dan bersedar dirilah kerana sedang mengandung tujuh bulan!! hehehe

Sebenarnya saya menunggu surat pengesahan melapor diri dari Bintulu. Sepatutnya sampai minggu lepas tapi surat tu balik semula ke Bintulu kerana no. rumah tidak dicatat pada surat. Alahai pastinya surat tu dah lalu depan rumah dan balik semula ke  Bintulu.

Jd selepas terima bungkusan dalam 15minit, lepas tu surat yg ditunggu2 tu pulak yg sampai…Alhamdulillah and thank you Allah… InsyaAllah hari Isnin ni saya akan melapor diri ke sekolah baru…=)
Ok ni isi bungkusan yg dah suam2 kuku td… dan lihat ini yg diterima…..=)




Dan inilah isinya…jeng….jeng…….




bakul 3 beradik!!!...sebelum balik bakul2 nilah yg dibelek2 semasa shopping tp...hajat tak sampai sbb muatan terhad....

Terima kasih daun keladi (ada hati nak suh anta lg tu...= p) pada:
  K.REEN,ANA,NIN,D,ZURA...=)

Saya sangat menyukainya...ahaks.





14 December 2010

Selamat Kembali

Assalamualaikum…

Sudah dua kali menukar langsir rumah ni…
tapi cerita didalamnya tak kedengaran jugak…
sungguh tak feel nak mem’blog
hamper 4 bulan rasanya
yang pasti kalau nak conteng2 di blog ni kena ada mood, err klu rumah di kaki bukit ada air terjun mengalir wah…mmg best pasti idea pon datang mencurah2…hehehe
psssssssssst……………
“ en. Hubby mari buat rumah di kaki bukit yang ada air terjun…;) jd hari2 pn. Isteri ada semangat update blog “(heh macam tak da gheja lain nak buat, eh boleh apa lepas update blog pancing ikan, kemudian bakar, hari2 suami balik boleh makan ikan bakar kakaka ..
Ok mari teruskan cerita yg tertangguh 4 bulan tu…
Mengenai saya:
Bersyukur pada Allah dua doa (sebenarnya…macam2 kita mintak pada Allah kan, tapi yg naaaak sangat dimakbul selepas kawin ) dimakbulkan Allah;

 1.Saya ingin mendapat anak =)
Alhamdulillah…..perkara yang pertama saya dah ceritakan dalam entry yg sebelumnya…dan cerita selanjutnya dalam entry berikutnya.
Kini, saya kandungan saya sudah 28 minggu maknanya dah 7 bulan. Haaa tak lama lg dah tu…2 bulan lagi, baby akan menjengah ke dunia. Amin moga dipermudahkan…

2. Saya nak pindah balik ke semenanjung =) setelah kali ke-3 mohon.

Semakan Status Permohonan Pertukaran Guru Terlatih Antara Negeri
bagi Sekolah Rendah dan Menengah


NAJIYAH BT KASSIM
Bagi Sesi : JANUARI 2011


TAHNIAH

Permohonan pertukaran anda ke
Selangor diluluskan.
Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri.
Sila pastikan anda telah menerima surat kelulusan pertukaran dari
Jabatan yang berkaitan sebelum melaporkan diri di sekolah baru.



Alhamdulillah lagi!!! permohonan pertukaran saya untuk ke negeri Selangor diluluskan. Ini semua berkat doa mak&ayah,mertua, keluarga,rakan2, dan en.hubby tercinta yang tak putus2 untuk berdoa saya. 
So, my new school is SMK Bandar Damai Perdana ;)
Saya menantikan pengalaman sekolah baru yg memberi pengalaman yg berbeza. Sekarang masih lagi tunggu surat untuk lapor diri di sekolah baru…

Yang menarik  untuk dikenang:
  • Seingat2 saya, bila check dalam passport keluar masuk Sarawak rupanya tahun 2010 setiap bulan boleh dikatakan saya berulang alik KL-Bintulu. Elehhh…Dua jam jer dah sampai tp ongkosnya boleh tahan wak!  huhuhu
Jan: datang untuk buka sekolah
Feb: cuti tahun baru cina –balik!
Mac: cuti skolah- balik!
April: CRK -balik!
Akhir Mei-Jun: cuti skolah -balik!
Julai: Hubby konvo -balik!
Ogos: tiada rekod balik hehe
Sept: Cuti raya -balik!
Okt: tiada rekod balik hehe
November: Balik dan tek perlu datang2 lagi……=)
  • Selepas ni saya tak perlu lagi memikirkan tiket untuk cuti sekolah dan pulang berhari raya.
  • Saya tak perlu lagi sedih dan menangis sambil mengemas baju saat pulang ke Bintulu!
  • Saya sudah tidak perlu call uncle teksi untuk hantar&jemput ke airport
  • Saya sudah tidah perlu lg dihantar dan jemput hubby ke airport. Kadang ada flight kul 7 pg jd saya terpaksa bangun pukul 3 pg untuk bergerak ke airport. Aduhhhh…
  • Saya takkan jumpa lagi kek lapis serawak dan ikan terubok yang setiap kali balik cuti pasti membeli setonggol dua untuk bawak balik.
  • Saya takkan perlu ke tamu pagi2 ujung minggu membeli ikan dan sayur .
  • Saya tak dapat mendengar lagi percakapan begini…”kamek…kitak… aok”
  • Saya tak perlu lg berjalan kaki ke sekolah- lepas mengandung saya terus sewa moto. Ego-skuter tau kepunyaan cikgu laili! terima kasih k.laili mg Allah saja yg membalas kebaikan akak.
  • Saya mungkin takkan jumpa sekolah yg pelajarnyanya 4000 orang (mmg sekolah teramai pelajar di Malaysia) dan gurunya  250 lebih kurang..dimana gurunya suma di kalangan cikgu muda2.. sbb bila dah berkahwin ikut sumai(macam saya la tu) atau sudah cukup tempoh perkhidmatan 4 tahun dapat pindah balik, jadi kawan2 umonya lebih kurang jer…
  • Dan byk lagi….
Semua itu akan saya kenang sampai bila2..terima kasih Allah kerana memberi
Peluang merasa nikmat dan pengalaman di sebahagian bumi minyak itu.
Nanti bila baby dah besar dia juga akan tahu yg dia adalah peneman setia pada ibunya selama 5 bulan di bumi Bintulu ini.
Again, thank you Allah!
Wassalam……

Sekalung penghargaan
(Allah saja yg mampu membalasnya)

Terima kasih pada housemate-k.g yg sangat banyak membantu dari mula tinggal bersama hingga dapat berpindah…makan nasi minyak jgn lupa tau!

Guru-guru GPI; k.kash,k.Su, UsTz Rahim, Ustz Zul(pindah ikut isteri), Ustz kamarudin, ustz Bad (dapat pindah bulan 6), ana, k.noreen, k.yumi, d , zura, dan semualah yang bayk member sokongan di kala graf semagat jatuh serta tunjuk ajar pada diri yg masih bertatih dalam dunia pendidikan ini.

“Selamat berjuang rakan2 kenangan indah bersamamu takkan kubiar ia berlalu…”

Anekdot:
kerani sekolah: lpas ni jgn terkejut  gaji dah makin kurang
saya : tak pelah kak asal hati senang! =)

You and Me

Daisypath Anniversary tickers