Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

14 December 2010

Selamat Kembali

Assalamualaikum…

Sudah dua kali menukar langsir rumah ni…
tapi cerita didalamnya tak kedengaran jugak…
sungguh tak feel nak mem’blog
hamper 4 bulan rasanya
yang pasti kalau nak conteng2 di blog ni kena ada mood, err klu rumah di kaki bukit ada air terjun mengalir wah…mmg best pasti idea pon datang mencurah2…hehehe
psssssssssst……………
“ en. Hubby mari buat rumah di kaki bukit yang ada air terjun…;) jd hari2 pn. Isteri ada semangat update blog “(heh macam tak da gheja lain nak buat, eh boleh apa lepas update blog pancing ikan, kemudian bakar, hari2 suami balik boleh makan ikan bakar kakaka ..
Ok mari teruskan cerita yg tertangguh 4 bulan tu…
Mengenai saya:
Bersyukur pada Allah dua doa (sebenarnya…macam2 kita mintak pada Allah kan, tapi yg naaaak sangat dimakbul selepas kawin ) dimakbulkan Allah;

 1.Saya ingin mendapat anak =)
Alhamdulillah…..perkara yang pertama saya dah ceritakan dalam entry yg sebelumnya…dan cerita selanjutnya dalam entry berikutnya.
Kini, saya kandungan saya sudah 28 minggu maknanya dah 7 bulan. Haaa tak lama lg dah tu…2 bulan lagi, baby akan menjengah ke dunia. Amin moga dipermudahkan…

2. Saya nak pindah balik ke semenanjung =) setelah kali ke-3 mohon.

Semakan Status Permohonan Pertukaran Guru Terlatih Antara Negeri
bagi Sekolah Rendah dan Menengah


NAJIYAH BT KASSIM
Bagi Sesi : JANUARI 2011


TAHNIAH

Permohonan pertukaran anda ke
Selangor diluluskan.
Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri.
Sila pastikan anda telah menerima surat kelulusan pertukaran dari
Jabatan yang berkaitan sebelum melaporkan diri di sekolah baru.



Alhamdulillah lagi!!! permohonan pertukaran saya untuk ke negeri Selangor diluluskan. Ini semua berkat doa mak&ayah,mertua, keluarga,rakan2, dan en.hubby tercinta yang tak putus2 untuk berdoa saya. 
So, my new school is SMK Bandar Damai Perdana ;)
Saya menantikan pengalaman sekolah baru yg memberi pengalaman yg berbeza. Sekarang masih lagi tunggu surat untuk lapor diri di sekolah baru…

Yang menarik  untuk dikenang:
  • Seingat2 saya, bila check dalam passport keluar masuk Sarawak rupanya tahun 2010 setiap bulan boleh dikatakan saya berulang alik KL-Bintulu. Elehhh…Dua jam jer dah sampai tp ongkosnya boleh tahan wak!  huhuhu
Jan: datang untuk buka sekolah
Feb: cuti tahun baru cina –balik!
Mac: cuti skolah- balik!
April: CRK -balik!
Akhir Mei-Jun: cuti skolah -balik!
Julai: Hubby konvo -balik!
Ogos: tiada rekod balik hehe
Sept: Cuti raya -balik!
Okt: tiada rekod balik hehe
November: Balik dan tek perlu datang2 lagi……=)
  • Selepas ni saya tak perlu lagi memikirkan tiket untuk cuti sekolah dan pulang berhari raya.
  • Saya tak perlu lagi sedih dan menangis sambil mengemas baju saat pulang ke Bintulu!
  • Saya sudah tidak perlu call uncle teksi untuk hantar&jemput ke airport
  • Saya sudah tidah perlu lg dihantar dan jemput hubby ke airport. Kadang ada flight kul 7 pg jd saya terpaksa bangun pukul 3 pg untuk bergerak ke airport. Aduhhhh…
  • Saya takkan jumpa lagi kek lapis serawak dan ikan terubok yang setiap kali balik cuti pasti membeli setonggol dua untuk bawak balik.
  • Saya takkan perlu ke tamu pagi2 ujung minggu membeli ikan dan sayur .
  • Saya tak dapat mendengar lagi percakapan begini…”kamek…kitak… aok”
  • Saya tak perlu lg berjalan kaki ke sekolah- lepas mengandung saya terus sewa moto. Ego-skuter tau kepunyaan cikgu laili! terima kasih k.laili mg Allah saja yg membalas kebaikan akak.
  • Saya mungkin takkan jumpa sekolah yg pelajarnyanya 4000 orang (mmg sekolah teramai pelajar di Malaysia) dan gurunya  250 lebih kurang..dimana gurunya suma di kalangan cikgu muda2.. sbb bila dah berkahwin ikut sumai(macam saya la tu) atau sudah cukup tempoh perkhidmatan 4 tahun dapat pindah balik, jadi kawan2 umonya lebih kurang jer…
  • Dan byk lagi….
Semua itu akan saya kenang sampai bila2..terima kasih Allah kerana memberi
Peluang merasa nikmat dan pengalaman di sebahagian bumi minyak itu.
Nanti bila baby dah besar dia juga akan tahu yg dia adalah peneman setia pada ibunya selama 5 bulan di bumi Bintulu ini.
Again, thank you Allah!
Wassalam……

Sekalung penghargaan
(Allah saja yg mampu membalasnya)

Terima kasih pada housemate-k.g yg sangat banyak membantu dari mula tinggal bersama hingga dapat berpindah…makan nasi minyak jgn lupa tau!

Guru-guru GPI; k.kash,k.Su, UsTz Rahim, Ustz Zul(pindah ikut isteri), Ustz kamarudin, ustz Bad (dapat pindah bulan 6), ana, k.noreen, k.yumi, d , zura, dan semualah yang bayk member sokongan di kala graf semagat jatuh serta tunjuk ajar pada diri yg masih bertatih dalam dunia pendidikan ini.

“Selamat berjuang rakan2 kenangan indah bersamamu takkan kubiar ia berlalu…”

Anekdot:
kerani sekolah: lpas ni jgn terkejut  gaji dah makin kurang
saya : tak pelah kak asal hati senang! =)

No comments:

You and Me

Daisypath Anniversary tickers