Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

02 June 2011

Risau...risau...risau

Salam 1blog...selamat bercuti buat kanak2 sekolah dan cikgu2nya jugak..
Bahagianya saat ni sebab sekolah baru masuk seminggu dah cuti balik...
5hari sudah berlalu...saya hadap aniQ je di rumah sememangnya kerja rutin kat rumah  berjela2 tapi bila hadap jer si AniQ ni banyak kerja rumah yg saya terbengkalai hehehe...

Risau...risau...risau... begitulah tajuk entri kali ni. Entri ini ditulis kerana saya  teringat  semasa dalam pantang, saya selalu berfikir macam mana saya nak handle kerja rumah dan menjaga anak dalam satu masa. Setelah menjadi ibu yang bekerjaya, suri rumah  isteri dan ibu beranak sorang ni, makin berat  tugas dipikul. Kelam kabut diadun dengan serabut itulah di fikiran saya. Saya mula berangan- nak benti kerja tak pon cuti tanpa gaji.  Wah cari jalan pintas dan selamat ek! Bestkan duduk rumah buat kerja rutin, hadap anak tengok dia membesar depan mata setiap hari.

En. Hubby  kurang bersetuju dengan pendapat saya untuk benti bekerja atau cuti tanpa gaji. Maka dia tak henti2  bagi semangat dan yakinkan saya mampu lakukannya. Dalam pada tu, hari2 saya bergoogle untuk mencari topik2 berkaitan ibu bekerjaya. Menariklah...masing2 berkongsi teknik dan cara handle rumahtangga. Saya kagum dengan ibu beranak ramai, pulak tu bekerjaya dan mendapat anugerah itu dan ini sedangkan tak da bibik di rumah. Memang tabik arr!!! Dia mampu lakukannya. Dia boleh! Kalau begitu saya pon cam boleh jugak kot....ayat yang masih tak yakin dalam diri huhu Apa yang boleh disimpulkan dari forum yang berjela2 tu, adalah time management.
 
Hari pertama masuk sekolah. Berdebar rasanya!
Saya mula menyusun masa. Bangun seawal 5.30pagi, mandi dan membasuh baju. Bila dah settle untuk diri barulah saya settlekan si kecik. Aniq biasanya bangun jam 7.00pagi. Saya cudle2 n main2 dulu dengan dia kasi mood baik dan ceria. Then buat breakfast. Lepas tu siapkan pakaian hubby ke opis. Bila hubby ke opis, saya mandikan aniq dan tidurkan dia. Dah lelap jer mata si kecik ni, saya mula berperang di dapur untuk masak makan malam nanti. Takut tak sempat bila dah balik sekolah nanti paling kurang sampai rumah pukul 7.30  malam. Siap masak, saya siapkan diri dan bekalkan susu aniq (saya menyusu badan sepenuhnya) dan mula mengatur langkah ke rumah pengasuh. Hari pertama berpisah dengan aniq sangat sedih. Saya call pengasuh untuk follow up keadaan dia. Dalam pada tu risau jugak takut susu yang dibekalkan cukup ke tak...Aniq agak meragam kata pengasuh yela sebab tak biasa lagi. Masuk hari kedua dan seterusnya dia dah ok...alhamdulillah Allah penolong dalam segala hal.

Seminggu training tau, Alhamdulillah akhirnya saya mampu jugak menghadapi keadaan yang merisaukan saya sebelum ni...
Buat anda baru bergelar ibu tahniah diucapkan. Fasa ni memang merubah segala jadual kehidupan kita. Segalanya menuntut perubahan. Perasaan risau, kalut, resah, gelisah dan macam2 lg  menghadapi alam baru pasti akan dirasa. Kalau ibu tersebut tidak bekerja(bestnya), mungkin tak perlu risau hal-hal mencari pengasuh, memandu di jalan raya bersama baby(takut tau) masak untuk suami, uruskan rumah tangga agar tidak seperti tongkang pecah hehe sbb full time kat rumah . Jadi  sbgai ibu bekerja semuanya harus difikir dan diatur dengan baik dan paling penting jangan lupa berdoa padaNya agar segala yang diatur berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan Insyaallah.

Semoga anda terus suksess dalam kerjaya dan rumah tangga!

Anekdot: ibu2, mama2, emak2 ummi2 di luar sana anda adalah insan hebat! Cuba dulu baru tau!

You and Me

Daisypath Anniversary tickers