Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

05 May 2012

Terbuka zip baju!



Bukan zip baju saya yang terbuka, tapi siapa duduk depan orang yang nak makan aiskrim ni..

Owh sungguh memalukan dan menjengkelkan~ bunyinya agak kasar~ bila menonton iklan ini di tv.

Menyahut saranan dan usaha untuk membentuk minda kelas pertama untuk generasi Y perlu dihidangkan dengan sedemikian...


Biarkan anak muda memikirkan perkara lucah kerana ingin menikmati aiskrim tersebut....


anda rasa bagaimana??ok??


Published with Blogger-droid v2.0.4

04 May 2012

ikim.fm vs hot Fm

Woop...assalamualaikum.....

Tatkala pkul 7 malam masih dalam perjalanan balik rumah....

Dua channel ni akan menjadi pilihan saya...pertukaran silih berganti ....

Tepat pkul 7, Waktu ni kt hot fm  amik turn...

saya bersama prof eZzy then cpt2 turn ikim lpas habis azn magbrib

ada siaran ulangan motivasi pagi...pon menarik....byk cerita2 iktibar yg sesuai untuk dijadikn modal mengajar ank didik untuk esoknya...

Sedang  elok sampai umah pukul 7.30mlm hbis siaran tu...


Dengar dan fokus serta niat untuk sampaikan~

                                        Tapi.....

Jika dengar dan fokus takda niat nak sampaikan...pasti esoknya lupa~


Published with Blogger-droid v2.0.4

22 April 2012

~S.H.L~

21 April... 

Berulang lagi...
Kini sudah 28 tahun...
Atas anugerah yang tidak ternilai.....

Bertambah satu usia. Moga diberi rahmat dan hidayah untuk menjadi hamba yang diredhainya....amin


Alhamdulillah....


03 April 2012

Selamat tinggal Mac, jemput masuk April~

Mac,

Berlalu dengan pantas sekali bergerak macam roller coster pening dan sarat dengan jeritan~

Jeritan kepenatan

Memenuhi tuntutan yang dicipta dan direka


Aduhhh pergilah mac..

aku sudah ada April

Bila bunga april berkembang.....

Biarkan yg indah2 melakar hari mendatang

Doa yang baik2 aja...=)


Mac,

Bukan aku tak suka kamu...

Dalam kamu ada cinta hati aku...

Penawar duka lara setiap waktu....

Tanggal 11 mac 2011 zahirlah putera sulungku

Menjengah dunia tika itu


Kini 'cinta hatiku' membesar bermacam laku...

Dia semakin dewasa membilang usia...

Usai setahun berlalu

Bertambah angka dan waktu...


Mac,

Kapan kau datang lagi...

Dengan izin Ilahi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

14 March 2012

Secawan teh pengubat letih~

Salam buat semua....

Mulakan dengan ayat tipikal iaitu" lama tak mencatat sesuatu di blog ni" hehehe penulis blog cipsmore mmg akan mula ayat begitu...;)

Arakian tersebutlah kisah.....

Cuti sekolah dah mula..

Mcm2 planning diatur ke sana sini..kerja bertimbun2 terbengkalai dek kerana mengharap time cuti sekolah nak siapkan...

Tapi lain pulak ceritanya....

Karang dah habis cuti makanya kerja yg timbun tak usik, tambah lagi yang dok menunggu bila dah bukak sekolah nanti....camno ni, sapo nak jawab, lg pulok sapa nak tolong  den....

Pastu mula la berangan nak  PA *~* hehe berangan itu sesuatu yang percuma tapi tak bagus untuk kesihatan minda....

Hmmmm......

Last day sebelum cuti ssekolah, ada jumpa sorang cikgu ni...biasanya dia ceria...tapi haritu mmg mukanya kelat semacam...

'Napa ni k. Lin?(bukan nama sebenar)

"ntah la rasa stress sangat..."muka masam mencuka...

Sabarlah kak esok kan dah nak cuti sekolah...lepas ni bleh rehat puas2....nada memujuk

Dalam hati saya begini kot~ samalah kita kak, saya lagi tak sabar nak cuti...

Nak balik kg....di sana ada alat penghapus stress! Jom balik kedah!

P/s: stress kurang sbb....  .....   ..... Seseorang yg sudi  pinjamkan telinga mendengar masalah....

anekdot: Bila kerja tak siap, helah bela diri pon memuncak ngeeee Ya Allah permudahkan urusan kami....amin3x

Published with Blogger-droid v2.0.4

06 January 2012

New House ~HOme sweet Home~

Assalamualaikum....

Pembuka bicara tahun 2012 dimulakan dengan perkongsian rumah baru.

"Saya sudah membeli rumah" kedengaran senang bukan? sambil goyang kaki...saya sudah beli rumah. (ya...ya  ini bukan ayat riak tetapi  'cakap memang senang'...a'a begitulah maksudnya)

Dulu kalau jenjalan tengok rumah2 tepi jalan main cop2 nak rumah gini gitu, ada ni ada tu...hehehe...sekarang dah tau rumah setingkat dan rumah dua tingkat bezanya lebih kurang 50k-70k...

Ibarat ibu mengandung kempunan jeruk asam, begitulah keinginan kami yang membeli rumah...waaa tapi belum sampai nak meleleh air liur lagi hahaha.

Bermula September....pencarian bermula dari internet dengan Mudah.dot my dll....tapi tak berapa sungguh lagi. Tenggelam timbul jugak dek kesibukan tugas isteri dan suami serta anak (anak kami aniQ dah 10 bulan dah- dia lagi sibuk sekarang 'mengemas rumah' huhuhu). Sebelum tu ada jgk pergi view rumah. ngeri rasanya. Dalam gambar nampak cantik tapi hakikatnya...anggaplah rezeki orang lain....ngeeeeee serik sekejap! kamu harus terima beli rumah secondhand ni faham2 sajalah lah.

Sesekali terfikir...kalau orang yang beli rumah awal2 tahun 90-an then tahun 2001 dulu mesti murah je masa tu dapat rumah double storey tak sampai pon 100k...gulp! untungkan! kalau area Cheras mmg dah takde dah harga tu...wassalam... namun bila difikirkan rezeki masing2...

Misi diteruskan lagi...

Awal Nov saya dapat satu contect agen dan dia commit untuk cari rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan- rumah single storey-3bilik-2bilik air-kawasan berdekatan sekolah. dlam seminggu lepas tu dia offer rumah yg bercirikan di atas. Kami membuat temujanji untuk view rumah tu. Kami pon pergi view rumah tersebut;
  1. rumah dekat dengan sekolah sebab tak jauh dari sekolah.-4minit jer =)
  2. tak jauh dengan pengasuh AniQ
  3. rumah sudah renovate
  4. ada kichen kabinet
  5. wardrobe suma tiap bilik oklah tu
  6. free cost for lawyer untuk S&P-sebab rumah tu rumah lawyer.
  7. kawasan kejiranan yg matang
  8. dekat dengan surau
  9. berada ditengah2 lalun ke utara dan selatan...=) 
  10. dekat dengan mertua,kakak,adik dll

Atas sebab-sebab ni dan esoknya terus booking! terus sambar...ngeee
kami setuju membeli rumah ni.....
"Apsal cam terburu2 jer? dah habis pk ker????-soklan ni timbul lepas dah bayar duit booking...camna ngan budjed bulanan dah stabil ke??? cam tak terlalu awal ke beli rumah ni? macam2 fikir lepas tu..

Fikir balik semula...sempat lagi ni...baru booking boleh tarik balik dalam hati je-huhu ampun en hubby tetiba wujud rasa takut...takut tak dapat survive tiap2 bulan2 tu jeee yeah takut tak dapat memenuhi keinginan2 hati yang ingin itu dan ini kan??? hehehe..sabau jelah itu jugak yang dipikir...
keinginan nafsu yang tak akan pernah habis kan....syatonirrajim mengambil tempat seketika. Dia suka membiarkan cicit-cocot Nabi Adam berserabut tentang hal dunia.

Kami berfikir dan membuat belanjawan dengan baik berbincang, mengenepis ego dan emosi, dalam erti kata pengorbanan...kecilkan nafsu demi masa depan. Cuba elak nak berdebat cara berparlimen (untuk hal-lain boleh guna)...bilhikmah key...dan kata putusnya YA! teruskan niat murni itu.

Allah jua yang menjadi Penolong dalam urusan ini. Segalanya berjalan dengan lancar. Kelancaran urusan pembelian ini memberi tanda urusan kami sentiasa dipermudahkanNya.

Biarlah tidak sebesar dan semewah mana. Cukuplah dengan kemampuan kami. Syukur alhamdulillah atas nikmat ini. Bagi saya rumah adalah tempat berlindung sementara mencari rezeki dan beribadat.
Rumah juga tempat zuriat kita membesar. Segalanya dari rumah. membentuk peribadi anak juga dari rumah.
Jadikanlah ia sejuk dan tenang...hidupkan jiwa dan ruh rumah itu agar penghuni tenang. Who??? of coz pemiliknya.

Ingin juga saya berkongsi agar prosedur dan apa yang patut dilakukan untuk membeli rumah khasnya subsale; rumah secondhand untuk rujukan masa akan datang. Bagi yang intai2 rumah baru lain prosedur tapi rumah second hand lain ckit kot caranya. bolehlah kongsi sikit2. Next entry ya! jumpa lagi....

anekdot: JOm Intai deko plak ahaks! dunia...dunia....-sekadar sejuk mata memandang je ye jangan sampai membazir nanti 'Allah benci-Hubby maroh'



























01 January 2012

Sayonara 2011 ahlan 2012

Assalamualaikum dan Salam Tahun Baru 2012...

Memulakan pagi tahun baru...penuh dengan semangat dan iltizam untuk membuat yang terbaik dalam segala hal sebagai isteri, ibu, anak, pendidik. Semoga saya lebih matang dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dengan redha dan sabar...amin....anda???

Pun begitu mengundur beberapa jam yang lalu, kita telah meninggalkan 2011 dengan penuh kenangan pahit, manis suka dan duka....Syukur pada Allah atas nikmat dan hikmah yang telah diberikan untuk saya.Bila dimuhasabah kembali percaturan Allah untuk kita sangat cantik dan terbaek.Terima Kasih Allah!  Banyak lagi yang nak dicapai dan dibuat tapi masih belum dapat mungkin usaha belum cukup untuk itu dan bukan masanya lagi untuk terima semua yang diimpikan.

Nak jugak berkongsi 2011..tapi bukan sekarang! jumpa lagi ya....


waasalam

 

You and Me

Daisypath Anniversary tickers