Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

17 October 2011

aniQ oh aniQ


BABY ANIQ.....
Ketika aniQ  berusia 5 bulan 6 hari
Riang, ceria, manja… kerana kau masih baby
Mula bercakap dan memberi respon yg baik kalau dipanggil nama aniq..
Sudah pandai crawling cam askar dan sangat suka singgah di laptop mama
dn menepuk keyboard sekuat2 tangan comel aniq tu adoiii
Kalau tak dijaga, pastinya bawah kerusi dia akan nyorok nanti
Mama perasan klau ditinggalkan sorang2, mcm2 bunyi keluar dari mulut yg munggil tu
Nak pancing mama ngan baba untuk datang dan gomol2 aniq
Waktu malam pastinya aniq mencari dada baba untuk dijadikan alas tdo...
So kalau nak tdo hanya baba aje yg selayaknya untuk menidurkan aniq,
takpe nak mama tak merajuk pon...
mama dapat rest lah..hehehe
Sbb bila aniq tido atas baba,buat aniQ tdo lebih nyenyak sepanjang malam
Tapi... mama fikir aniq dh makin beso nnt, boleh ke baba nk gendong aniq..
Sekarang berat aniq dh mencecah 7kg...
Bila dah 6 bulan dapat makan solid food makin2 lah bam2 nye
bila aniq nak tdo sendiri  ni cyg..
mama &baba akan cari altenatif lain lah nnt...
Untuk tdokan dalam buai...jgn harap ler 
aniq hanya akan tdo buai dengan nyenyaknya lena hanya di rumah pengasuh
Dek kerana pengasuh dh ajar aniq tdo buai, so mama n baba pon belikan jgk buai untuk aniq...
Last2 tak jalan jgak..tak sampai setengah jam dalam buai dh terjaga..
Mama cadang nak lelong la buai aniq tu hahahaha

Aniq oh aniq
Selalunya kalau dibawak berjalan Chinese ramai yg tegur aniq..
Mereka cakap baby girl ke???
Tambah pulak sebelum cukur jambul, aniq ada rambut  mcm atomen...
Pesen rambut punk+ trojen sebelah kiri dan kanan, tapi kat tengah tak da plak hehehe
Masa mama tulis entri ni, aniq tengah tdo tau
Alololo tenang jer tgok aniq tdo...muahhh cyg mama
Hari2 yang belalu jadi semakin indah bila aniq ada..terima kasih allah
Mama dan baba tertunggu perkebangan aniq setiap hari
apa yang aniq dapat buat esok dan lusa dan seterusnya
Kalau diingatkan masa aniq  2bulan haritu
Mmg la takut nak bawak jalan2 coz aniq suka nangis.
1st  time mama dan baba bawak aniq ke midvelly untuk expo mom&baby...
Waduh sampai saje kat situ baba handle aniq...
Mama pulak cari barang...(cooler bag, ice pack, nursing cover dll)
Masa tu mama main ambik jer...dah la singgah satu kedai jer pastu borong suma sekali dalam kat situ
Takde masa nk pilih lama2 nk survey dulu ker...mana berkenan capai jer..
Dan… aniq tdo lg...tapi kami masih berjaga2 mengharap agar dia tido lama skit..
Masuk pizza hut –berkira2 paling cepat untuk lunch...rupanya aniq terjaga sbb bunyi bising si kakak& abg pizza dok ucap selamat datang pada pengunjung pizza...
Kami berdua agak cuak...
Lastnye yg asal nk order mkn kt situ...tapau je lah...=)
Itulah pengalaman kali pertama bawak aniq keluar jalan2
Bila aniq dh makin besar, aniq dah tak nangis dah...cool jer bwak jln2..
Ini membuatkan mama lebih yakin ke sana sini..

Aniq oh aniq...
Bila kita nak gi jalan2 for holiday yer...
Baba cakap tunggu aniq besar ckit
Ujung thn ni aniq dah cukup besaq untuk di bawa jln2...
Maka apa kata kita ke Sabah? Cuti2 Malaysia
Ok tak baba??? Tak pon ke Langkawi…=)
Ala kulli hal…mana2 pon tak pe…

Untuk anakku aniQ,
Mg jd anak yang soleh, yang menyenangkan hati semua orang, yang tidak tinggalkan solat, berakhlak mulia, indah pekerti, luhur peribadi…..(kuatkan kami ya Allah dalam membentuk dan mendidik anak ini di tengah2 kota yang penuh dengan dugaan maha hebat pada akhir zaman ini, Kaulah Maha Penolong lagi Pembantu diri kami yang lemah ini…amin)

Moga permata ini dapat menyinari kehidupan mama dan baba di dunia dan akhirat…
Mama cyggggg  aniQ…muahhhhhhh






16 August 2011

Pernah kau begini?

Selamat meneruskan ibadah di bulan ramadhan...
Moga ramadhan tahun ini lebih baik hendaknya...

Syukur dan Gembira bila dapat bersama hubby puasa bersama tahun ni
ditambah ngan dak kecik sorang tu lagi meriah dan indah...
tapi sebelum yg indah2 datang tu, ada kisah yang tak dapat dilupakan,
sambutan awl ramadhan aritu sangt terrible,horrible dan mcm bel2 lg
sbbnya gini,
3hari pegi kursus induksi di crystal crown Klang...
Memuji2 masakannya  waduh kena selera la katakan..
hari ketiga ayoookk makan nasi mentah...
malam tu steady lagi...bgun esok pagi tekedek2 ke bilik air bukan sekali tp  4 kali sebelum exm
dah haabis  exm, makin menjadi2 sakit perut tu, ulang alik dekat suploh kali
hadoiii taknak makan situ lagi
sampai umah dah demam satu badan dalam dok berlari ke tandas sambung marathon lg huhu...
maka sabtu, ahad, isnin(cuti awal ramadhan) menjadi satu mimpi ngeri...
anda suma pon hati2 ye dengan makanan hotel...
tambah plak bayak buffet ramadhan skunk ni...
eeeiii taknak dah g makan situ serikkkkk!!!!

******************************************************
Dua tiga minggu sebelum tu, terkena jangkitan sakit mata.
Asalnya jangkit dari aniQ tahla dia kena dari sape po tatau...
4hari dah baik sebab bf dan letak susu badan kat mata dia,
tapi mama aniq sampai dekat 2 minggu...
1st time kena rupa2nya time nk sujud masa solat tu kan
 macam nak tersembol bijik mata jatoh...sakit ala gatal2 gitu ...mohon dijauhkan dah ya Allah.

Lately byk sakit yg menyerang daku...MC berlima hari dah skrg
Siannya aniq tatkala penyakit2 singgah dia terabai dalam jagaan...
So, say Alhamdulillah thank you Allah for my hubby
yang sangat membantu tatkala mama diduga sedemikian rupa...
bersyukurlah tatkala kamu sakit dia menjaga
tatkala kamu susah dia ada dan sedia menolong
tatkala kamu sedih dia menjadi penghibur
dan tatkala kamu nak makan pizza kamu order dia bayar hahaha
sudaaah2x....
ala kulli hal harini kita mempelari konsep syukur
moga sifat itu terus subur dalam diri kita selamanya....amin



02 June 2011

Risau...risau...risau

Salam 1blog...selamat bercuti buat kanak2 sekolah dan cikgu2nya jugak..
Bahagianya saat ni sebab sekolah baru masuk seminggu dah cuti balik...
5hari sudah berlalu...saya hadap aniQ je di rumah sememangnya kerja rutin kat rumah  berjela2 tapi bila hadap jer si AniQ ni banyak kerja rumah yg saya terbengkalai hehehe...

Risau...risau...risau... begitulah tajuk entri kali ni. Entri ini ditulis kerana saya  teringat  semasa dalam pantang, saya selalu berfikir macam mana saya nak handle kerja rumah dan menjaga anak dalam satu masa. Setelah menjadi ibu yang bekerjaya, suri rumah  isteri dan ibu beranak sorang ni, makin berat  tugas dipikul. Kelam kabut diadun dengan serabut itulah di fikiran saya. Saya mula berangan- nak benti kerja tak pon cuti tanpa gaji.  Wah cari jalan pintas dan selamat ek! Bestkan duduk rumah buat kerja rutin, hadap anak tengok dia membesar depan mata setiap hari.

En. Hubby  kurang bersetuju dengan pendapat saya untuk benti bekerja atau cuti tanpa gaji. Maka dia tak henti2  bagi semangat dan yakinkan saya mampu lakukannya. Dalam pada tu, hari2 saya bergoogle untuk mencari topik2 berkaitan ibu bekerjaya. Menariklah...masing2 berkongsi teknik dan cara handle rumahtangga. Saya kagum dengan ibu beranak ramai, pulak tu bekerjaya dan mendapat anugerah itu dan ini sedangkan tak da bibik di rumah. Memang tabik arr!!! Dia mampu lakukannya. Dia boleh! Kalau begitu saya pon cam boleh jugak kot....ayat yang masih tak yakin dalam diri huhu Apa yang boleh disimpulkan dari forum yang berjela2 tu, adalah time management.
 
Hari pertama masuk sekolah. Berdebar rasanya!
Saya mula menyusun masa. Bangun seawal 5.30pagi, mandi dan membasuh baju. Bila dah settle untuk diri barulah saya settlekan si kecik. Aniq biasanya bangun jam 7.00pagi. Saya cudle2 n main2 dulu dengan dia kasi mood baik dan ceria. Then buat breakfast. Lepas tu siapkan pakaian hubby ke opis. Bila hubby ke opis, saya mandikan aniq dan tidurkan dia. Dah lelap jer mata si kecik ni, saya mula berperang di dapur untuk masak makan malam nanti. Takut tak sempat bila dah balik sekolah nanti paling kurang sampai rumah pukul 7.30  malam. Siap masak, saya siapkan diri dan bekalkan susu aniq (saya menyusu badan sepenuhnya) dan mula mengatur langkah ke rumah pengasuh. Hari pertama berpisah dengan aniq sangat sedih. Saya call pengasuh untuk follow up keadaan dia. Dalam pada tu risau jugak takut susu yang dibekalkan cukup ke tak...Aniq agak meragam kata pengasuh yela sebab tak biasa lagi. Masuk hari kedua dan seterusnya dia dah ok...alhamdulillah Allah penolong dalam segala hal.

Seminggu training tau, Alhamdulillah akhirnya saya mampu jugak menghadapi keadaan yang merisaukan saya sebelum ni...
Buat anda baru bergelar ibu tahniah diucapkan. Fasa ni memang merubah segala jadual kehidupan kita. Segalanya menuntut perubahan. Perasaan risau, kalut, resah, gelisah dan macam2 lg  menghadapi alam baru pasti akan dirasa. Kalau ibu tersebut tidak bekerja(bestnya), mungkin tak perlu risau hal-hal mencari pengasuh, memandu di jalan raya bersama baby(takut tau) masak untuk suami, uruskan rumah tangga agar tidak seperti tongkang pecah hehe sbb full time kat rumah . Jadi  sbgai ibu bekerja semuanya harus difikir dan diatur dengan baik dan paling penting jangan lupa berdoa padaNya agar segala yang diatur berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan Insyaallah.

Semoga anda terus suksess dalam kerjaya dan rumah tangga!

Anekdot: ibu2, mama2, emak2 ummi2 di luar sana anda adalah insan hebat! Cuba dulu baru tau!

28 May 2011

Feel to Write & Share Now!

Asal bukak laptop, open word, nak wat entry baru (almaklumlah dok umah sendiri pakai broadband jerr tak leh nak direct open blog)
Oppp sebelum tuh blogwalking dulu...amik mood....
Feel to write now.....

Ok....assalamualaikum suma
Menjengah semula...depan lappy
Semasa menjadi makbuyong  mood untuk berblog merudum! Seriuooossss
Orang lain boleh lagi update  journey of nine months untuk berkongsi rasa buat kenang kenangan but not for me...hadap internet paling benci sekali hinggakan time ngandung dapat  alah nengok facebook! hambek kau!!! YaAllah bencinya masa tuh! 
Ada sekali masa tuh saye kat KLIA nunggu second flight ke K.terengganu, sambei dok jalan2 tu kan dah penat nak duduklah kat kerusi lepak, maka duduklah sebelah hamba Allah tengah hadap laptop asal kerling terpandang screen laptop  dia terus tak jadi duduk nak muntah on the spot...hadoiiiii dia bukak facebook. Emm tulahh alahan penangan anak 2011 ni...

Update saya TERKINI

Saya dikurniakan putera sulung yang diberi nama ANIQ b. MOhd AZRUL AMINURRASHID. Dilahirkan pada 11.3.11. Berat 3.5kg.Secara caesarean(kerana jantung bayi lemah)
Kenapa namanya seketul tu jerr?? Sudah terang lagi bersuluh huhu sbb nama baba dia dah panjang huhuhu....
Oh  mertuaku!  jika terbaca janganlah berkecil hati menantumu langsung tak menyalahkanmu kerana meletakkan nama suaminya panjang begitu! anakanda mmg sudah bercita2 dari kecik lagi nak bagi nama anak pendek ja bila dah besar  dan  kawen nanti. (amboiii kamu!! Kecik2 dah bermisi gitu??) 
Jadi kesimpulannya, no shortform lagi dah pada nama tu! Jentik telinga sapa yang nak shotkan lagi nama tu!
Simpul skit lagi, ANIQ means SMART, INTELLIGENT, menawan gaya mutu  keunggulan hehe
.................................................................. 
Mengandung adalah satu pengalaman yang sangat unik... sekejap jer tup tap...tup...tap..dah cukup sembilan bulan.
Pening kepala memikirkan nak bercuti 90 hari atau 60 saja. Bila saya rancang untuk ambik cuti 90 hari  Antara respon some of them:  Emm kalau 90 hari anak 3orang jelah tapi klu 60 hari 5 0rang anak...yeke???? a’ah lah effect tuh! mak yong kembali berfikir lagi~~~~

At last, atas pertimbangan akal yang waras maka saya memberi rehat untuk diri sendiri selama 90 hari (memang sangat puas hati dengan keputusan yang telah diambil) 
terima kasih Allah!
Dan saya baru saja memulakan kerja pada hari Isnin lepas- 23/5/11
................................................................................

gheja.....gheja....sungguh memenatkan phewww~~~ 

You and Me

Daisypath Anniversary tickers