Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

04 May 2010

musim bunga!

Salam 1 Mei buat rakan2  semua...

Saya selamat mendarat di Bintulu semalam. Saya baru balik dari berjumpa dengan anak mak mertua ^_^. Berbaloi! tiket RM 500 lebih tuh...alhamdulillah semuanya selamat dah.  Ok my dear  thank you so much! Bestkan!^_^   ^_^ Kamek sik mau madah cerita pulai ghumah tork. Seronok sangat sampai tak bleh nak cerita.

Untuk makluman tuan puan/ cik semua, di Bintulu..........
kini tengah musim bunga...memang sangat cantik...Ahaaa yg saya maksudkan musim bunga mempelam tau! dan hampir semua di kawasan kg ada pokok mempelam. Kiri kanan rumah semuanya ada pokok mempelam. Rendah pulak tu. Canteklah ah...! Ada yang dah berbuah pun. Apelagi lepas ni sedaplah wat cicah colek emm...nyumm...nyum...
Saya dan housemate mula intai mempelam jiran - intai baru =) Suatu petang saya balik dari sekolah, kebetulan m.cik sebelah rumah tu ada depan rumah dan pelawa saya buah mempelam di sebelah rumahnya. Senyum lebarlah saya pucuk dicita mempelam pun datang...Esok pagi saya kami dikejutkan dengan ketukan pintu rumah bertalu2. Agak kompius 4 saat sapa pulak pagi2 datang rumah. Alih2 buka pintu, m.cik sebelah rumah hantar buah mempelam. Oh terkejut jugak ingat ada delivery nasik lemak pagi2 ni hihihi. Terima kasih m.cik..nampak ke kami intai mempelam m.cik hehehee malunya! Ah kalau malu lapar tau...=P

Ok lepas ni kena fikir untuk buat soalan exam Form 1 pulak! Buat soalan senang biar senang budak jawab dan senang ustazah marking hahaha... (Mmg kena pelempang ngan Ketua  panitia lah jawabnya kalau buat gitu ) ...

daaa.......

anekdot: Semoga graf semangat terus meningkat amin...

 

2 comments:

Naz-Segalanya disini said...

bila nak mengidam plak ni jiya

JiaZ said...

Kasi can la nak jadi pengantin baru sementara dok Sarawak ni..baru nak mula beljar bercin**hehehe

You and Me

Daisypath Anniversary tickers