Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

09 December 2009

Bila dua hati bersatu...




Kaifahal?

Aku alhamdulillah sihat...

iman? kadang-kadang bertambah kadang2 berkurang.


Dah lama tak mengaktifkan jejari untuk blog ni. Ada yg dok komplen mana n3 baru..

Also my hubby la yg sibuk2 cakap takde blog, nak berblog, bila dah ada blog tak update pon. Aisyeh.. paham2 jela masa kat Bintulu aritu takda internet.. harap kat intenet sekolah, fuh malas nak memikul laptop usung kesana kemari dah la berjalan kaki je. Harapkan internet umah kak We - cikgu sebelah rumah- tu cam cipsmore je hehe. Lepas ni K.We dah pindah so internet pon sah2 takda... dah banyak kali aku hint kan hubby beli broadband baru. Sekarang ni yg terbaru 'potong'. Takpe pasni dapat kot...hihi


Perjalanan hidup baru bermula..

Life after marriage...so far ok. Terbaru kenduri sebelah hubby pada 18 Zulhijjah 1430 Sabtu lepas- 5/12/09..

Dipendekkan cerita, aku compress la apa yang berlaku selama aku menyepi.

Begini...

Selepas sehari kenduri kat Kedah, aku dan hubby berpisah mengikut haluan masing-masing. Masa ni masing2 menghitung hari bila pulak dapat berjumpa. So pejam celik2 19 November cuti sekolah pon bermula. Horeyyy!!! sehari sebelum tu aku dah siap mengemas baju hihi.....(em..walaupun permohonan pertukaran guru untuk berkhidmat di semenanjung tidak diluluskan). Tak kisahlah asalkan balik dulu. So, berbekalkan semangat dan moto everyone can fly include me haha aku selamat tiba di Lcct. Hubby jemput di airport. Haaa.. masa tuh perasaan serta emosi aku dapat rasa macam mula-mula jumpa masa kenal 5 tahun dulu tau. Dia yang nampak aku dulu tup2 dah pusing eh..eh dah ada depan mata. Alahai...memang syahdu...sapa tak syahdu tak jumpa suami 2 bulan. Sape2 yang pernah berpisah kejap ngan suami/isteri sure dapat rasa feeling ni kan???- Ustaz Bad, Cikgu Zaidi, Wasyirah, Najwa, Azi mesti senyum tanda faham...hihihi


So, aku tinggal kat rumah mak mertua sampai sehari sebelum raya haji sementara menunggu hubby dapat cuti. Masa ni mak mertua aku memang tak kasi keluar rumah. Kalau nak keluar pun malam je. Katanya hilang seri nanti... ceeewah. Sebagai menantu yang baik, aku turut je hehe.

Khamis malam Jumaat kami berangkat balik Kedah. Sampai di pagi raya. Kali pertama lah ni sampai pagi raya. Boleh pulak sampai je pagi raya, time bersarapan bersama keluarga, hubby baru bagitau yang dia dapat cuti sampai hari Isnin, tupun k.long yang tanya nak balik Kl bila. Kalau tak sah2 aku lagi tekujat hehe.. Mulanya aku tak perasan lagi, tapi dah banyak hint hubby bagi aku tak dapat nak faham lagi...Kejutan tuuh kalau dapat cuti sampai seminggu lagi best kan dear???so disebabkan balik Isnin dapat la aku dan hubby pegi kenduri kawen Mr.Tan(Najwa's
Bro.) pada hari Ahadnye.

Esoknya, balik KL semula. Maka bermulah persiapan untuk majlis menyambut menantu. Memang meriah. Almaklumlah hubby anak sulung. Besarlah sikit kendurinya.

Tiba hari kejadian, syukur Alhamdulilah segalanya berjalan lancar. Kehadiran tetamu hampir 3000 orang. Lepas kenduri baru aku perasan ada cendol, roti canai, bubur kacang. Semua tu habis skelip mata je. Satupun takdapat merasa. Takpe asalkan tak membazir. Syabas mak&ayah mertua dapat menguruskan kenduri dengan lancar dan baik sekali.
Sekalung penghargaan kepada ahli keluargaku: kaklong, kak nagh, k.Yo abg Ya yang sanggup turun Kl untuk rombongan, Abg Det& Kak Su-Putrajaya, Siti& Nasir-Ampang, serta Abg Lan sekeluarga. The most important person my mum&dad. i love u all!!

Terima kasih yang tidak terhingga. doakan kami bahagia.AMIN




anekdot: Simpang jalan depan rumah jem bangat.

Terima kasih semua jemputan terutamanya rakan2 yang dari jauh jauh sanggup datang, also terima kasih pada Ija dan suami serta Mr.Tan & isteri yang hadir depa dua ni tetamu penutup majlis petang itu hihi.









2 comments:

Naz-Segalanya disini said...

jiya..maaf kak naz xdpt dtg kenduri..abang rizal hang keje lah jiyah..org keje kilang shift..mcm tu lah..akhirnya bersatu jugak jiyah n azrul yg dulu main angkat2..rasanya jiyah xingat kot pasal komen kak naz ttg jiyah n azrul dulu..ternyata penafian jiyah dlu ttg pendpt kak naz jd kenyataan..semoga bahagia dik

resmipadi said...

hihihi tak pa jiyah paham wahai kat naz... tapi tak dapat la nak tgk rikaz huhu...

errr...act penafian penuh makna tuh...& 'no komen' hehehehe

tq ya k.Naz...

You and Me

Daisypath Anniversary tickers