Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

29 December 2009

Selamat membuka Diari baru!


Assalamualaikum...

Kesyukuran dipanjatkan pada Yang Maha Esa diakhir tahun 2009 denyut nadi masih bergerak.
Ape khabar sume?....
Diam tak diam dah 29.12.2009 hari ni, cepat kan masa berlalu.
Perasan tak, kalau apa-apa yang kita suka dan tertunggu-tunggu, kita nak masa bergerak dengan cepat. kalau sesuatu yang menanti berlaku esok adalah sesuatu yang menyedihkan nak saja kita 'delete' hari tu kan? Perasaan yang menjadikan manusia untuk tidak sanggup menghadapi kenyataan.  Sepatutnya kita lebih banyak berdoa&berserah pada Allah, bukan memikirkan yang bukan2. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.

Dalam keseronokan bercuti, rupanya lagi empat hari lagi aku akan kembali ke Bintulu. Bermakna setakat ini permohonan pertukaran masih lagi tidak diluluskan.  Bermakna juga aku kena jalan kaki lagi ke sekolah =P. Tahniah buat kak Faridah(my senior masa kat UIA)&husband yang mendapat pertukaran di saat2 akhir. dengarnya dapat pindah balik ke Perak. Selamat mendidik ditempat baru ye kak=).

Semalam juga baru dapat diketahui tarikh temuduga SPP untuk mengesahan jawatan. Kena stadi balik untuk tu semua.

Mengenang kembali saat2 menjejak kaki ke Bintulu terasa diri jauh dari keluarga, tapi semakin lama perasaan tu makin hilang bila mendapat teman2 yang sangat baik& sporting. Kalau tak kerana sokongan dari hubby & rakan2 senior dah lama aku 'lemau'. Manakan tidak menghadapi suasana sekolahku yang paling ramai di Malaysia yang hampir 4000 pelajar manakala gurunya lebih kurang 250 sampai tak kenal pun kadang2 antara sesi pagi&petang.

Jauh di sudut hatiku, memang sedih dengan pelajar-pelajar disini. Ada lagi yang masih lagi buta huruf, buta jawi lagilah banyak! huhu. Kadang-kadang bila lihat pelajar yang tak tau perkara asas tentang rukun Islam, Iman, wudu', solat rasa nak terus je nangis dalam kelas. Mereka ambil mudah dengan dan tak kisah. Asal datang sekolah dapat jumpa kawan-kawan. Kasihan mereka. Ada yang hampir berubah, tetapi bila pulang ke rumah tiada teguran& didikan dari ibubapa menyebabkan ilmu yang dipelajari hanya di sekolah dan tidak diteruskan dirumah. Kadang-kadang arak, judi, menjadi santapan di rumah sendiri. Sungguh menyedihkan =(.

Di sini, kami kerap mengadakan potluck antara guru mostly guru semenanjung la. Boleh dikatakan sebulan 2 kali. Yang bestnya tempatku menjadi tumpuan untuk meja hidangan kerana kawasannya strategik dalam bilik guru tu. K.Hasnah- cikgu yang senior baru berpindah dari Johor- dapat tukar & pulang ke negeri asal-Sabah bah. Antara teman2 sembang bilik guru; cikgu Hana, Ustaz Bad, K.Yumi, K.Zana, SAl, Dee, Wasyirah-dah pindah, Cikgu Midi, Cikgu Zaidi-dapat pindah jugak, K.g (my housemate), K.Ayu.   Biasanya Kak Hasnah jadi ketua untuk urusan jamuan gini, sekurang-kurangnya dapat jugak hilangkan tension senda gurau bersama teman2.
Lepas raya aritu, boleh dikatakan hari2 ada open house. Biasanya guru yang dah berkahwin la akan mulakan dulu. Macam kami cikgu2 yang bujang ni memang sediakan perut. Wah masa tu macam2 dapat makan. Barulah dapat jumpa lontong mee soto, sate, laksa penang di Bintulu ni.
Kalau guru yang bujang2 pulak biasanya kami akan kongsi ramai2 dan buat open house di rumah sewa yang antara kami yang agak luas. Gitulah aktiviti time raya. Di akhir tahun pulak, ada lagi jamuan untuk guru2 yang dapat berpindah. Kalau tak pun belanja makan. Itu mesti!

Erm... ape lagi yang menarik untuk cerita ek. Oh sepanjang di sini aku hanya sempat berjalan-jalan di Miri. Lain2 tempat insyaAllah akan menyusul, kalau tak pindah hehe..

Masyarakat di kawasan tempat tinggalku memang peramah. Asal kenduri je mesti dapat jemputan. Bahagian Bintulu ni ada satu kawasan pantai; Tanjong batu. Kalau nak kedamaian datang sini. Tenangkan fikiran.

Rasanya itulah saja yang dapat dikongsi untuk kisah setahun jagung dalam arena pendidikan. Pengalaman mengajar seseorang lebih berhati2 &menjadikan manusia itu semakan matang.
Pegalaman adalah guru yang sebenar! Renung-renungkan. wassalam....

anekdot:
"Selamat menghabiskan cuti untuk semua guru. Semalam keluar dengan hubby pergi Jusco beli 'baju sekolah' & perkakas alat tulis =)"

  Disember
 1hb 2 3 4 5  6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21  22  24 25 26  27 28  29   30  31

 Januari 
 1  2  3 ---------> tinggal 4 hari lagi !









No comments:

You and Me

Daisypath Anniversary tickers