Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

29 August 2009

makin hampir...

Hari Jumaat petang...hati makin berbunga riang. Masakan tidak esk aku akan kembali semula ke Semenanjung lalala...

Semak exam paper pun tak habis, namun balik tetap balik...
Nanti datang peksa kertas pas cuti hehe..Malamnya fokus pada kemas luggage Esok aku akan bangun sahur. alahai bersahur di Bintulu, berbuka di Kl. Mean perjalanan masa yang panjang. takpe janji dah dapat balik pun dah ilang rasa lapar...

Esok paginya, uncle teksi datang menjemput di rumah. Kali ni aku balik dengan 2 kawan; Syirah &Ana. Kali ni perjalanan di awan biru tak selancar sebelumnya. Cuaca yang mendung dan hujan, membuatkan flight bergoyang. Tak mampu lagi membendung rasa ingin keluarkan apa yang dah sahur pagi tadi. Dekat 3 jam jugak. Alih2 sampai kat LCCT aku terus ke washroom. Memang tak tahan.

Jam 9.00 malam selamat mendarat di Kedah. Tenang rasa. Syukur Alhamdulillah.
Balik kali ni adalah persiapan terakhir untuk walimatulurus. Hari-hari keluar untuk uruskan persiapan. 'Final touch' lepas raya hehe. Wlu camanapun, masih ada dua tiga perkara yang belum dibereskan. Moga2 balik raya nant sempat. Sebut pasal raya, alahai paling sedih aku akan sampai malam raya, tapi kalau anything happen pagi rayalah sampai kg. jawabnya. dalam sejarah tuh kalau sampai pg raya. tak pernah seumur hidup gitu. Tolong doakan perjalananku dipermudahkan. amin3x

Esok aku terbang semula ke Bintulu. ok suma Selamat Bersahur!
ilal liqa' maássalamah...

No comments:

You and Me

Daisypath Anniversary tickers