Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

11 November 2008

Sawah yang terbentang…

Sedar tak sedar sekarang dikampungku sudah masuk musim menyulam padi. Biasanya aktiviti menyulam ni dilakukan selepas padi benih ditabur pada petak semaian.
Ia dilakukan dengan mencabut semaian padi yang kira-kira dua jengkal dan disulam semula ke petak-petak sawah agar lebih teratur. Ini akan memudahkan kerja-kerja menuai kelak.
Saat-saat beginilah yang paling aku nantikan sebab permandangan sawah padi nampak seperti lautan hijau yang luas dan padang yang luas terbentang. Apalagi kalau dilihat dari atas bukit…wahh tenang dan mendamaikan. Malah kalau kena gayanya dapat jugak melihat sekumpulan burung bangau yang kelihatan di batas-batas sawah lagi lawa.
Satu lagi permandangan yang aku suka saat padi hampir masak. Warnanya yang kuning kehijauan menampakkan ton warna yang sangat cantik. Masa tu kalau dikira ‘ultimate scenery’ yang ditunggu-tunggu oleh sesiapa saja yang suka melihat permandangan sawah padi ni. Kalau nak tengok, datang la kat kampung aku. Kira sepanjang jalan nak ke rumah aku memang sawah ja.
Cerita pasal sawah ni memang banyak kenangan dan kisah-kisah lucu bergelumang ‘selut’ masa aku kecik-kecik dulu. Kira darjah 1 sampai darjah 5. Darjah 6 aku dah kurang main sebab aku lebih focus pada aktiviti sekolah, jadi masa banyak dihabiskan di sekolah dan masa tu jugak aku nak periksa UPSR. Dah sepuluh tahun lebih kenangan berlalu. Kalau diingat balik masa tu lintah, pacat sengat ikan puyu dah mangli,err tapi kalu sengat ikan keli aku memang surrender. Kalau kena tu demam seminggu jugak. Antara memori yang masih segar lagi antaranya:


main jerami
main perang-perang,
kisah aku dan serkap ikan ayah,
serunai batang padi
hantu bendang
tanglong bunga api


*Nanti kalau ada masa aku cerita okey : )
Haa.. tulah antara kisah-kisah yang berkaitan dengan sawah padi yang ni. Kira anak pesawah memang takkan lari dari main benda-benda macam ni. Aku bersyukur dengan apa yang dilalui ni sedikit-sebanyak dapat memberikan pengalaman. Kalau dilihat sekarang budak yang sebaya dengan aku masa sekarang dah takda lagi aktiviti yang pernah aku buat tu. Yelah zaman dah berubah kan..:) Nanti kalau sempat aku ‘snap’ beberapa keping gambar kat tepi sawah kawe2 sume..

No comments:

You and Me

Daisypath Anniversary tickers