Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

11 November 2008

KERETA OH KERETA…

Dalam hidupku untuk permulaan hidup, tak pernah terlintas di fikiran untuk memiliki sebuah kereta sendiri apatah lagi rumah sendiri hehe. Tapi itulah yang terjadi dalam hidupku ini. Sampai sekarang aku masih lagi tak percaya yang aku sudah memiliki kereta sendiri dengan hasil simpananku.. Sekelip mata saja semuanya berlaku. Bagiku perancangan untuk membeli tu ada cuma, untuk membeli tu mungkin dalam masa setahun dua lagi. Biarlah betul-betul stabil.
Tambahan pulak aku ni bukannya cekap sangat memandu. Baru dapat lesen awal bulan 4 tahun ni. Dah tu aku sendiri pun tak yakin yang aku boleh bawak kereta ke sana-sini. Sungguh! Aku tak berani. Kalau masa belajar kereta nak dapatkan lesen dulu, tak pelah sebab ada cikgu kat sebelah. Siap boleh tolong brek lagi kalau aku tak sempat.
Seingat aku dulu, bab parking dan part bukit aku tak kisah. Ada keyakinan kat situ untuk aku melepasinya, sebab parking dan bukit tak perlu nak focus macam kat jalan raya. Lagi pulak kalau hafal step betul-betul, sure boleh lepas hehe… Tapi kalau part jalan raya ni yang buat aku masalah. Macam-macam nak kena jaga brek,signal, cermin pandang belakang. Aku takut tak mampu kawal. Aku tabik la kat cikgu memandu. Sebenarnya mereka ni memang mempertaruhkan nyawa sendiri. Harap sungguh.. Bayangkan kalau ngajar memandu pelajar yang dah tahu memandu oklah, tapi yang tak tau apa macam aku, yang tak pernah pegang stereng. Memang kaku..
Teringat lagi, masa aku diuji JPJ aku bawak macam katun. Mahu tak gelabah, JPJ garang! Senyum pun tidak. Nak off signal kanan tertekan kiri pulak. Dah tu masa kat jalan raya tu ada pulak kat depan aku satu kereta (tengah di’test’ JPJ jugak). Dia bawak punya la terhoyong-hayang, dah la masa tu naik bukit pulak. Aisyeh..! memang aku dah gabra ni, makin lama makin undur. “Ya Allah selamatkan aku”. Dalam hati aku macam-macam doa aku baca.” Ha ..apalagi potong la”arah pegawai JPJ kat sebelah aku. Dah betul-betul takda kereta di depan apalagi masuk gear terus tekal minyak, bukit tu agak curam jugak. Fuh! Dah lepas terus aku masuk line kiri semula. Pegawai JPJ tadi bersuara lagi katanya cara aku potong kereta masih tak berapa cantik. Pegawai tu dah mula membebel. Aku dah cuak. Dalam fikiran aku, dah ada bayangan untuk gagal kali ni. Aku kuatkan semangat jugak untuk terus memandu. Lagi dia tak suruh berenti kira ok lah tu. Aku mula nak menyedapkan hati. Tapi hakikatnya Allah saja yang tahu. Alhamdulillah dah dapat lessen tu pun dah cukup bertuah sebab tak payah nak mengulang ambil 2,3 kali.

Berbalik semula cerita aku tadi, lagipun aku bukan nak ke mana. Alih-alih setakat nak ke pekan Pendang tu ayah hantar pun boleh. Dekat ja. Sewaktu praktikal dulu pun aku menumpang di rumah Najwa. Jadi, ke sekolah pun tumpang kereta jugak. Tak menjadi masalah sebab satu sekolah. Yang membuatkan aku beli kereta begini ceritanya..suatu pagi tu selepas sarapan pagi aku dan ayah borak-borak. Nak dijadikan cerita..
Bersambung…

No comments:

You and Me

Daisypath Anniversary tickers