Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

11 November 2008

Aku dan Kamu di mana persamaan??

Cari yang ngam??


Pernah jumpa tak orang yang jenisnya ‘Perfectionist’?
Padaku kita semestinya ingat bukankah dalam dunia ni tiada seorang pun manusia yang dicipta dengan sempurna.. betul kan? Kan?. Jadi, setiap pasangan yang Allah izinkan untuk bersatu, sudah cantik padanannya untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.






“We come to love not finding a perfect person,
but by learning to see an imperfect person perfectly”







Sedap kata-kata ni,aku code dari novel bertajuk 'Releventkah Aku di Hatimu'. Maksudnya kita jatuh cinta bukan sebab berjumpa dengan orang yang sempurna,tapi setelah kita belajar menerima segala yang ada pada diri dia. Haa .. Betul tak?
Jadi kalau kita terasa dia sudah sempurna, sebenarnya kita sedang belajar menerima kelebihan dan keburukan yang ada pada diri insan yang kita cintai. SubhanAllah! Halus dan cantik sungguh ciptaan Allah yang menjadikan perasaan manusia yang pelbagai ragam untuk dipasang-pasangkan. Begitu komplek dan sangat subjektif perasaan yang dikurniakan! Marah,kasih,saying, cinta, benci, rindu yang diadun dalam satu tubuh dan boleh berubah mengikut tempat, keadaan dan sebagainya.


Sebagai contoh, ada rakan-rakan kita masa sekolah dulu,atau rakan pejabat, ibarat anjing dengan kucing+macam kapur dengan kunyit. Asal jumpa saja pasti bergaduh. Tup!Tup diakhirnya mereka bertemu jodoh. Secara zahirnya sudah nampak mereka takkan bahagia, dah tentulah kan kalau asyik bergaduh mana muncul keserasian apatah lagi kesempurnaan. Akan tetapi hakikatnya, dari situ mungkin secara tidak langsung mereka belajar dan belajar menerima keadaan diri masing-masing sebab itulah mereka dapat bersatu.



Kesimpulannya, sebagai manusia kita pastinya akan mencari insan yang sesempurna dan sebaik mungkin untuk dijadikan teman menemani hidup kita, namun harus diingat, andai diri tidak sehebat Fatimah jangan diharap insan seteguh Saidina Ali. Fikir-fikirkanlah….

No comments:

You and Me

Daisypath Anniversary tickers