Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

04 July 2010

~Now, It's Our turn~ insyaAllah

Bismillah walhamdulillah...


Menjengah di facebook dan blog rakan2 yang sudah berkahwin sama waktu dengan saya, sudah ramai yang melatakkan gambar permata hati masing2. Dalam hati ada juga menyuarakan keinginan untuk turut menjadi seperti mereka. Memandang PJJ begini mungkin ada hikmahnya belum dikurniakan sikecil. Saya yakin saya belum mampu handle cabaran dan dugaan. Namun bila Allah kurniakan, PASTI Dia tahu yang kita sudah bersedia menempuh segalanya namun mesti diiringi dengan usaha dan akhtiar juga. Bercerita mengenai usaha dan ikhtiar nipanjang ceritanya....dan lihatlah dibawah ini dulu...


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.




......cuba lihat diakhir entry ni....^_^


.


.


.




bukan2.... di bahagian bawah blog ni sebelah kanan....=)
dah tengok??? haa itulah hakikatnya sekarang.....

 Syukur pada Allah, doa untk memiliki permata hati yang akan mendoakan kami bila kami sudah tiada kelak, dimakbulkan Allah. Moga perjalanan dalam meniti & mengharungi kandungan 9bulan 10hari saat2 berjauhan dengan hubby dipermudahkan Allah. Amin...


anekdot:
cerita di sebalik dapat tau hal kewujudan 'orang dalam' next entry ya...=)


Sebenarnyakan.... saya masih kekok dan sentiasa ber'google' untuk tambah info di samping mengumpul pengalaman dengan orang yang dah berpengalaman, tambahan pula berada bandar begini amat terhad pakar untuk rujukan... apa pun doakan saya ya!

21 May 2010

Kulit saja di mana Isinya

16 Mei dalam draf!

Harini baru dapat hantar....

'Selamat Hari Guru'
Entah apa tiba-tiba saya teringat subjek geografi masa sekolah dulu. Keberkatatan ilmu yang diperolehi masih lagi ingat sampai sekarang. Saya masih lagi terngiang-ngiang suara Cikgu Rasmona semasa mengajar tajuk koordinat lajur-baris tapi sayangnya tak sempat lama dengan beliau kerana dia bertukar proffesion menjadi pegawai Kastam( kalau tk silap saya)

Satu lagi syair arab by : Nabighah az-Zibyan


Unbiktu anna abaqabusa au adani
Walaqarara ala zakri min asadi
yamuddu kulluwahidin manazzabadi
...........................................................
...................................................
.................
........
...
..

 dan hadis yang paling saya ingat: Iza hadasa kazaba....(hadis ciri-ciri orang munafik)

emm.. Muskil...muskil....napa la susah sangat student sekarang nak ingat ilmu yang disampaikan? apatahlagi nak diamalkan...
 
Guru2 dulu mengajar dengan ikhlas dan ilmu yang lahir dari sanubari. Keikhlasan itulah menjadikan ilmu itu tidak padam.
(aduh! tak cukup ikhlaskah saya mengajar atau ilmu yang keluar hanya ibarat bertih jagung dan omelan kosong!)

Dilema yang dihadapi bila asyik mengejar silibus, hingga penghayatan ilmu tidak lagi dihiraukan. Natijahnya kurang penghayatan dalam pengajaran guru menyebabkan pelajar hanya belajar tapi tak tahu amalkan....

Tidak hairanlah ramai guru-guru kita yang ramai anak murid, dan pada masa yang sama dapat 'cucu'. Tak cukup dengan tu ada yang lari dari rumah, teguk air kencing setan, setakat merokok petik jari saja!

 Ada pelajar yang makin ditegur makin menjadi perangainya bagai disuruh2 pulak.

Kepada yang baru nak jadi guru, cita-cita nak jadi guru? sudah jadi guru? ramai sudah jadi guru namun pastikan jadi cikgu yang ada tempat di syurga...caranya bagaimana???

~Jadikan Mengajar itu  satu Ibadat~

Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul
Sama-sama kita kita memanusiakan manusia...


anekdot: Ingin jadi guru yang namanya meniti dalam doa pelajar-pelajar untuk kesejahteraan.






























































04 May 2010

musim bunga!

Salam 1 Mei buat rakan2  semua...

Saya selamat mendarat di Bintulu semalam. Saya baru balik dari berjumpa dengan anak mak mertua ^_^. Berbaloi! tiket RM 500 lebih tuh...alhamdulillah semuanya selamat dah.  Ok my dear  thank you so much! Bestkan!^_^   ^_^ Kamek sik mau madah cerita pulai ghumah tork. Seronok sangat sampai tak bleh nak cerita.

Untuk makluman tuan puan/ cik semua, di Bintulu..........
kini tengah musim bunga...memang sangat cantik...Ahaaa yg saya maksudkan musim bunga mempelam tau! dan hampir semua di kawasan kg ada pokok mempelam. Kiri kanan rumah semuanya ada pokok mempelam. Rendah pulak tu. Canteklah ah...! Ada yang dah berbuah pun. Apelagi lepas ni sedaplah wat cicah colek emm...nyumm...nyum...
Saya dan housemate mula intai mempelam jiran - intai baru =) Suatu petang saya balik dari sekolah, kebetulan m.cik sebelah rumah tu ada depan rumah dan pelawa saya buah mempelam di sebelah rumahnya. Senyum lebarlah saya pucuk dicita mempelam pun datang...Esok pagi saya kami dikejutkan dengan ketukan pintu rumah bertalu2. Agak kompius 4 saat sapa pulak pagi2 datang rumah. Alih2 buka pintu, m.cik sebelah rumah hantar buah mempelam. Oh terkejut jugak ingat ada delivery nasik lemak pagi2 ni hihihi. Terima kasih m.cik..nampak ke kami intai mempelam m.cik hehehee malunya! Ah kalau malu lapar tau...=P

Ok lepas ni kena fikir untuk buat soalan exam Form 1 pulak! Buat soalan senang biar senang budak jawab dan senang ustazah marking hahaha... (Mmg kena pelempang ngan Ketua  panitia lah jawabnya kalau buat gitu ) ...

daaa.......

anekdot: Semoga graf semangat terus meningkat amin...

 

22 April 2010

21 April 2010


 k.Nick, Hanna, K.Noreen, Dee, Ina dan Ija

(mastermind pakatan kejutan are Hanna-sebelah tingkap & K.Noreen-tudung coklat)

Assalamualaikum.............

Semalam berlalu dengan gembira....terima kasih Allah
awal pagi semalam hati saya sangat gelisah untuk menapak ke sekolah...sebabnya gini.......................


Pertama: Kisahnya, dua tiga hari ni saya asyik terserempak dengan anjing ja masa balik dan ke sekolah...
petang semalam jumpa lagi .dari jauh  kedengaran pelajar2 melaung "lari cikgu...lari...."
eh saya pon apelagi cabuttt la....(eh manada lari mahu terbeliak bebudak tu tengok cikgu lari lintang pukang)
cepat-cepat saya menukar haluan...alhamdulillah! saye mempercepatkan langkah untuk sampai rumah.

Kedua: Ditambah dengan PJJ(perkahwinan jarak jauh) membuatkan graf semangat saya agak menurun dan turun dan turun saja. hmmmmm

ok...ok...
Sambung balik cerita perasaan gembira begini yang jarang hadir....
kejutan kengkawan guru harini sungguh men'terharu'kan saya...^_^
ditambah lagi anak didik smart group jugk membuat kejutan membeli kek wlupon hanya sekejap tapi sangat bermakna! terima kasih qurratun, nazira, aina yahni, syaza dan my partner Smart group Fatnin.
Nak dijadikan crita saya masuk kelas lambat sedikit kerana ada hal yang perlu dibereskan. Saat kaki melangkah ke kelas, ada pulak student tulis besar2 kat papan hitam 'Selamat Hari Lahir' emm terharunya masa tu....komfius 4saat mana diorang tahu sedangkan mereka bukannya pelajar saya pun tahun lepas saya tak pernah ajar pun!
Apalagi yg boleh saya gambarkan jika ada yang ingat dan meraikan bersama kelahiran saya di bumi ini, lagi istimewa ada insan tersayang walaupon di kejauhan....

Saya ingat masa semua ni dah terhenti bila saya dah habis belajar di UIA dulu.
Najwa, Syemek, dan Azi buat kejutan (hmmm....opp taknak buka lipatan kenangan tu terlalu manis tp sayu bila dikenang)

Sememangnya, masih ada & ada yang ingat rupanya. Terima kasih untuk semua.....Kalian  sangat best!
(thumb up)

anekdot:
Itulah cerita secebis gembira yang dihantar oleh-Nya menjadi pengubat hati saya dan menaikkan graf semangat saya! ~Allahhumma barikli fi umri amen Ya Kareemmm~

01 April 2010

Ya Allah...SubhanallAllah!!!!









Anekdot: 
Saat melihat di dalam Kaabah  gerun rasa hati....airmata mengiringi....keinsafan mendalam...

You and Me

Daisypath Anniversary tickers