Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

29 August 2009

Jambo Sale!!!

salam..
Salam ramadahan buat sahabat-sahabat,
bulan pesta ibadah..
Ramadahan sale from Allah.


Rasulullah saw bersabda : “Penghulu segala bulan adalah bulan Ramadhan dan penghulu segala hari adalah hari Jumaat” (Thabrani dan Baihaqi). Ramadhan disebut juga dengan sayyidus syuhur atau penghulu segala bulan. Tentu saja, bukan tanpa alasan jika Ramadhan diberi kehormatan lebih mulia dari bulan-bulan lain. Suasana di bulan ramadhan begitu indah, Allah SWT melalui lisan Rasul-Nya mengungkapkan bahawa di bulan Ramadhan, syaitan-syaitan di belenggu, pintu neraka ditutup dan pintu-pintu surga di buka. Penjagaan Allah ini sungguh terasa dampaknya, sehingga selama Ramadhan, kita cenderung suka dan semangat untuk beramal soleh.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu salatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

02 June 2009

Balik kali ke-2

salam...
hai...
aku doakan semua sihat...
Syukur pada Allah kali kedua dapat balik dari perantauan.
selamat mendarat di LCCT pukul 6.15 petang, 31 Mei.
tapi masih lagi di Bandar Baru Bangi.
menginap sebentar untuk urusan yang belum settle.
dan sekarang aku berada di UIA untuk urusan clearance.
masih tak dapat settle lagi kerana staff uia terlibat dengan sukaN.
InsyaAllah esok dapat siap.
lepas tu balik semula ke Bangi.
cadang nak stay lagi 2 hari
kemudia nak menapak ke JLn Majid India-shopping untuk 'bigwork' hehe
moga dipermudah urusan.
Merujuk pada kawan2 yang lain, perasan sayu tetap singgah di hati
Taman Ilmu&Budi ada auranya sendiri
tatkala kaki melangkah masuk ke main gate
segala kenangan mengimbau dari
1st Year undergraduate sampai la menjadi postgraduate
InsyaAllah ada rezeki, nak sambung belajar sini lagi...
Balik kali ni aku harus mempergunakan waktu sebaiknya
untuk uruskan majlis.
harap2 sebelum balik segalanya dapat settle.
Amin...
anekdot:
selamat bercuti untuk teman-teman guru sekalian..
Enjoy your Holiday!

03 February 2009

bintulu rupanya!!!

salam....
Apa kabo sume?hari tu dah suspen nak dapat mana ... sekarang terjawab sudah persoalanku. Aku ditempatkan di bandar Bintulu- 'oil town'. Segala kemudahan senang diperolehi. Alhamdulillah harini dapat jugak aku menjengah blog yang suram ni. Takut2 nant ada hantu plak haha. Iyalah dah hampir sebulan aku di sini inilah kali pertama aku onliene. Kalau nak ikutkan aku dapat kawasan bandar Bintulu tapi memandangkan kekangan yang ada jadi, hari ni baru dapat nak jengok ceritera kwan2 di tawau, kl, uia, uk dll. Setakat waktu yang ada ni boleh diceritakan sikit keadaan aku di sini. Aku menyewa dengan sorang cikgu jugak. Mengajar satu sekolah. dapat mengajar opsyen pilihanku-pendidikan Islam. syukur...Alamak kelas dah dekat ni. aku terpaksa benti dulu tapi...menelusuri perjalanan hidup yang baru bermula...macam-macam ada! macam-macam nak cita..kita sambung len kali ek! wassalam...

anekdot:
Buat rakan2 yang akan walimah bulan Mac
selamat membuat persiapan..aku balik bulan tiga nanti hehe...

27 December 2008

Sarawak oh Sarawak!!!

Diam tak terkata tatkala menerima sms dari kak ct Uia. Dengan hanya satu perkataan saja dibalasnya 'sarawak', membuatkan hati berhenti berdegup seketika. Kelu. Speechless. Aiii naik belon la nampaknya kali ni...
Sanggup atau tidak itulah hakikatnya yang harus diterima dan ditempuh. Setakat ni aku belum buat apa-apa persiapan lagi. Setakat buat pas penempatan sementara ja. Baju belum kemas apa2 lagi. Tengok la 2, 3 hari nanti aku nak start buat operasi hehe.

Ada beberapa persiapan yang harus dibuat terutamanya dari segi mental as well as fizikal. Nak buat homework sikit so that tak la termagu-magu macam rusa masuk kg nanti. Then, nak revise balik apa bahan-bahan yang boleh dibawa especially buku rujukan. Dah ke sana nanti susah pulak nak dapat. Harapanku dipermudahkan Allah dalam segala urusan seketika nanti di sana.
“ Ya Allah janganlah Kau ujiku sesuatu yang aku tak mampu"Ammin....

Anekdot:
To all my frenz n me myself,
“WELCOME to A NEW ERA of OUR LIFE, it IS a REAL LIFE”

Buat rakan-rakan seperjuangan dpliAn’ uiam yang bakal berkhidmat di Sabah& Sarawak, “Ready to serve the Ummah” harus disahut dengan semangat yang tinggi. Di sana ada amanah dan tanggungjawab yang harus kita tunaikan...

My DaY ^_ ^

Sekitar majlis pertunangan....

20.12.08 satu lagi tarikh bersejarah yang menyusul dalam hidupku. Hasil pertemuan 2 keluarga yang berlangsung lewat Ogos lalu, sempena mengikat jambatan kasih dalam entry yg telah diceritakan 4 bulan lalu. Kini pertemuan dieratkan lagi dalam satu Majlis Kesyukuran yang diadakan di rumahku kat Pendang, Kedah.

Majlis ini dihadiri oleh saudara terdekat serta jiran tetangga berlangsung penuh sederhana. Alhamdulillah segalanya berjalan mengikut perancangan yang telah disusun. Majlis bermula jam 2.30 petang. Syukur pada Allah pihak rombongan tiada masalah untuk sampai ke rumahku. Tak rugi sengkang masa buat plan sbg panduan dari pihak sana hehe.. Rombongan pihak lelaki dihadiri lebih kurang 20 orang.
11 dulang hantaran dari pihakku dan dibalas 9 bekas dari pihak lelaki yang bertema biru firus -so sweet :) terdiri daripada telekung, sejadah, tepak sireh, cincin, kain pasang, potpuri, buah, kain tuala dan set barangan. Manakala aku memilih tema hantaran merah hati+ pink.

Paling menggembirakan beberapa orang sahabat baik semasa di maahad dulu menghadiri majlisku ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Atie, Dibah, Leha, Kak wa, Afaf. Cikpa Macik Sal & his bro. Thanks so much buat teman rapat Najwa& hubby serta Che lea & mummy kerana menyumbangkan hantaran bagi pihakku. Jazakumullah khairaljaza’. Buat teman yang tak dapat hadir terima kasih atas iringan doa, kenduri nanti mesti mai k. Sayangnya K.Long& family dan K.Ngah& family tak dapat balik pada hari tu. :(

Sekalung ucapan terima kasih, arigato, toce, syukran... yang tidak terhingga buat saudara mara dan sahabat2 yang telah menghadiri majlis ini. Hanya Allah saja yang mampu membalas budi baik kalian. Akhirnya, buat insan yang telah bertakhta di hati ini kuucapkan terima kasih kerana menjadikanku insan yang istimewa di hatimu...

Anekdot:
Najwa adalah orang yang terakhir balik sebab tolong basu pinggan coz dia nak bayaq ‘derau’ yang dulu aku bertungkus lumus dalam majlisnya dulu.hehe

Kasihann Atie leha n dibah stay sampai petANG Dek kerana tunggu afaf,kak wa n cikpa yang asyik ondeway ja cakap nak datang.

Emmm ingat mawi&ikin kawen ingat jiyah jugak tau! Ahaks

You and Me

Daisypath Anniversary tickers