Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

27 December 2008

My DaY ^_ ^

Sekitar majlis pertunangan....

20.12.08 satu lagi tarikh bersejarah yang menyusul dalam hidupku. Hasil pertemuan 2 keluarga yang berlangsung lewat Ogos lalu, sempena mengikat jambatan kasih dalam entry yg telah diceritakan 4 bulan lalu. Kini pertemuan dieratkan lagi dalam satu Majlis Kesyukuran yang diadakan di rumahku kat Pendang, Kedah.

Majlis ini dihadiri oleh saudara terdekat serta jiran tetangga berlangsung penuh sederhana. Alhamdulillah segalanya berjalan mengikut perancangan yang telah disusun. Majlis bermula jam 2.30 petang. Syukur pada Allah pihak rombongan tiada masalah untuk sampai ke rumahku. Tak rugi sengkang masa buat plan sbg panduan dari pihak sana hehe.. Rombongan pihak lelaki dihadiri lebih kurang 20 orang.
11 dulang hantaran dari pihakku dan dibalas 9 bekas dari pihak lelaki yang bertema biru firus -so sweet :) terdiri daripada telekung, sejadah, tepak sireh, cincin, kain pasang, potpuri, buah, kain tuala dan set barangan. Manakala aku memilih tema hantaran merah hati+ pink.

Paling menggembirakan beberapa orang sahabat baik semasa di maahad dulu menghadiri majlisku ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Atie, Dibah, Leha, Kak wa, Afaf. Cikpa Macik Sal & his bro. Thanks so much buat teman rapat Najwa& hubby serta Che lea & mummy kerana menyumbangkan hantaran bagi pihakku. Jazakumullah khairaljaza’. Buat teman yang tak dapat hadir terima kasih atas iringan doa, kenduri nanti mesti mai k. Sayangnya K.Long& family dan K.Ngah& family tak dapat balik pada hari tu. :(

Sekalung ucapan terima kasih, arigato, toce, syukran... yang tidak terhingga buat saudara mara dan sahabat2 yang telah menghadiri majlis ini. Hanya Allah saja yang mampu membalas budi baik kalian. Akhirnya, buat insan yang telah bertakhta di hati ini kuucapkan terima kasih kerana menjadikanku insan yang istimewa di hatimu...

Anekdot:
Najwa adalah orang yang terakhir balik sebab tolong basu pinggan coz dia nak bayaq ‘derau’ yang dulu aku bertungkus lumus dalam majlisnya dulu.hehe

Kasihann Atie leha n dibah stay sampai petANG Dek kerana tunggu afaf,kak wa n cikpa yang asyik ondeway ja cakap nak datang.

Emmm ingat mawi&ikin kawen ingat jiyah jugak tau! Ahaks

No comments:

You and Me

Daisypath Anniversary tickers