Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

22 April 2010

21 April 2010


 k.Nick, Hanna, K.Noreen, Dee, Ina dan Ija

(mastermind pakatan kejutan are Hanna-sebelah tingkap & K.Noreen-tudung coklat)

Assalamualaikum.............

Semalam berlalu dengan gembira....terima kasih Allah
awal pagi semalam hati saya sangat gelisah untuk menapak ke sekolah...sebabnya gini.......................


Pertama: Kisahnya, dua tiga hari ni saya asyik terserempak dengan anjing ja masa balik dan ke sekolah...
petang semalam jumpa lagi .dari jauh  kedengaran pelajar2 melaung "lari cikgu...lari...."
eh saya pon apelagi cabuttt la....(eh manada lari mahu terbeliak bebudak tu tengok cikgu lari lintang pukang)
cepat-cepat saya menukar haluan...alhamdulillah! saye mempercepatkan langkah untuk sampai rumah.

Kedua: Ditambah dengan PJJ(perkahwinan jarak jauh) membuatkan graf semangat saya agak menurun dan turun dan turun saja. hmmmmm

ok...ok...
Sambung balik cerita perasaan gembira begini yang jarang hadir....
kejutan kengkawan guru harini sungguh men'terharu'kan saya...^_^
ditambah lagi anak didik smart group jugk membuat kejutan membeli kek wlupon hanya sekejap tapi sangat bermakna! terima kasih qurratun, nazira, aina yahni, syaza dan my partner Smart group Fatnin.
Nak dijadikan crita saya masuk kelas lambat sedikit kerana ada hal yang perlu dibereskan. Saat kaki melangkah ke kelas, ada pulak student tulis besar2 kat papan hitam 'Selamat Hari Lahir' emm terharunya masa tu....komfius 4saat mana diorang tahu sedangkan mereka bukannya pelajar saya pun tahun lepas saya tak pernah ajar pun!
Apalagi yg boleh saya gambarkan jika ada yang ingat dan meraikan bersama kelahiran saya di bumi ini, lagi istimewa ada insan tersayang walaupon di kejauhan....

Saya ingat masa semua ni dah terhenti bila saya dah habis belajar di UIA dulu.
Najwa, Syemek, dan Azi buat kejutan (hmmm....opp taknak buka lipatan kenangan tu terlalu manis tp sayu bila dikenang)

Sememangnya, masih ada & ada yang ingat rupanya. Terima kasih untuk semua.....Kalian  sangat best!
(thumb up)

anekdot:
Itulah cerita secebis gembira yang dihantar oleh-Nya menjadi pengubat hati saya dan menaikkan graf semangat saya! ~Allahhumma barikli fi umri amen Ya Kareemmm~

01 April 2010

Ya Allah...SubhanallAllah!!!!









Anekdot: 
Saat melihat di dalam Kaabah  gerun rasa hati....airmata mengiringi....keinsafan mendalam...

24 March 2010

Kisah hari Sabtu

Salam 25hb semua!

Ni kisah hari Sabtu lepas.....kami (saya dan hubby) keluar seawal pagi untuk breakfast bersama famili k.Long...kemudian langsung ke Pesta Buku Antarabangsa. Aisyeh sekian lama ditunggu. Mula menapak jam 11pagi sampai 3 petang...memang mengujakan. Masa dok studi dulu dapat seharian di sini sampai petugas kat situ tu suruh keluar, sambil pesan datang lagi  ye dek, esok masih bukak lagi (heh takdelah hehehe) alahai...memang seronok. Kali ni dah tak larat dah memandangkan badan saya yang kurang sehat.

Mencari buku yang dipesan oleh seorang teman 'Doa Menajdi Pengantin Baru setiap Hari' -Usataz Zahazan dia nak  5 buah tuh!  Untuk saya pun dapat jugak hubby belikan yeeee. untung belikan orang dapat jugak untuk sendiri.
Then pusing2 kat booth Jemari Seni. Ngeeee tak disangka sambutan hangat. tengok orang beli novel macam beli ikan segar dan udang galah lelong! main ambik je...kejap2 naik jer stok buku baru kat rak tu. Memang dasyatlah! 

Pilihan buku kali ni lebih ke arah novel kisah rumah tangga kisah2 bacaan dewasa@ orang besaq2. Setelah belek2 dapat 3buah novel. At this time, dah tak berminat lagi membaca novel kisah remaja seawal 20an. Mungkin secara psikologi perubahan minat seiring dengan umo jgk kot. Errr tapi macamnana pulak kalau ada yang sudah jadi bapak budak or umur sudah 35 tahun masih melayan komik Naruto, Wira tunggal ,Gempak dll??? em susah nak jawan tuh. hihihi

Sempat melanggan Ana Muslim untuk Qilah(anak saudara) dia dah suka sangat tu =) 
Last sekali ke booth PTS dapat cenderahati fanclub FB. Tak sia2 saya print kupon  PTS 25% pagi tu. Antara buku yang dibeli di Booth PTS; Guru sebagai Fasilitator dan sebuah buku Dr. Danial  2nd edition- 7 Rahsia Insan Cemerlang.

Waaaah puas hati benar! terima kasih buat hubby yang menjadi peneman setia sepanjang berada di jambatan ilmu hehehe. 

ok mata pun dah ngantuk....wassalam

anekdot: 

Balik petang terus ke jalan TAR beli bihun sup....sedap oooo

19 March 2010

alfun syukuri ilallah!

Assalamualaikum....

Cuti sekolah kali ini tidak ada lagi rehlah mahabbah. Hubby sikda cuti bah, so kamek duduk ghumah jak. Tambahan dilanda demam-demam manja (hehe doktor yang cakap ek) lagipun penyakit itu penghapus dosa. Napa ada yang cakap demam sbb ngandung ke?? heh..blum lagi...tak caya esok pagi kami berdua akan wat tounerment badminton hehe...kalau ngandung takkan la nak berbadminton lak. =) macam teringan sangat nak ketuk shuttle tu lepas tengok Uncke Chong Wei menang! Hubby bed sapa kalah kena belanja speggeti bolognise...mak ai sedapnya..(sambil tulis dah kecur  air liur ni...)

GOOD NEWS!
Perkara yang menjadi tanda tanya akhirnya terjawab dalam cuti ni. Macam mimpi ngeri yang menghantui hidup saya. Akhirnya dari Suruhanjaya Perkidmatan Pelajaran begini : 


 SEMAKAN ATAS TALIAN 
SELAMAT DATANG NAJIYAH BINTI KASSIM

PERMOHONAN STATUS : LENGKAP TARIKH PERMOHONAN : 29-05-2009
2 PANGGILAN TEMUDUGA TARIKH TEMUDUGA : 28-01-2010 MASA TEMUDUGA : 7.30 PAGI
TEMPAT TEMUDUGA : BILIK KANOWIT,HOTEL PLAZA,97000,BINTULU,SARAWAK
Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Hadir Temuduga
3 KEPUTUSAN TEMUDUGA DIPERAKUKAN LANTIKAN TETAP (sebelum ni masih dalam proses ja)
4 SURAT TAWARAN DALAM PROSES(harap bersabar ya =)
5 PAKEJ SETUJU TERIMA TAWARAN (PSTT)

Maknanya saya sudah lulus!

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mendoakan saya. Buat ibubapa & keluarga dan suami terchenta, dan tak lupa jugak pada orang kampung . Ok saya harus segera menghabiskan entry ni sebab hubby akan balik makan tengah hari dan bawak saya ke tempat kerjanya untuk berkenalan dengan ofismatenya.
Sekian jumpa lagi.

Untuk agenda esok:

pagi
saya akan berbadminton

tengahari
saya akan ke pesta buku antarabangsa di PWTC.

 petang 
Saya akan ke Jalan TAR 

ok ilalliqa' massalamah!

23 February 2010

kejutan demi kejutan!

RehLaH MaHaBBaH II

Rancangan saya untuk balik ke kedah tidak menjadi. Saya tangguhkan rancangan untuk balik semasa cuti sekolah Mac nanti. So, untuk mengisi masa pada cuti tahun baru cina saya dan hubby plan jalan2 di PD.

3 minggu sebelum cuti tahun baru cina saya sibuk mencari hotel di sekitar Port Dikcson. Malangnya semuanya habis dibooking huhu. Setiap malam surf intenet je untuk mencari bilik tetapi akhirnya satu bilik pun tak dapat.

Jadi, rancangan haneymoon kali kedua tidak kesampaian. Itu Rancangan saya, tetapi rancangan Allah adalah yg terbaik dan penuh hikmah. Dah tau saya dan hubby tak dapt hotel Mertua pula rancang mengadakan kenduri kesyukuran di kampung meraikan menantu di kampung dan peristiwa2 lain. Jadi semua perancangan yg dirancang tak menjadi. Kami hanya balik kampung di Batu Pahat.

bermula cuti ......
Ahad- saya balik dr bintulu
Isnin- saya dan hubby bertolak ke batu Pahat.
Selasa- Balik semula ke KL

Dalam perjalananan balik  ke KL tersebut, jalan sangat jem. minyak kereta tinggail dua bar ja. Mau atau tidak kami terpaksa mencari pam minyak. Econ ditutup untuk menjimatkan minyak. Saat genting masa tu. Saya teringat surah al- Kautsar yg biasa dibaca kalau kita saat2 genting begini. Contohnya, Klu tak cukup makanan ke time2 ramai orang, minyak moto nak habis ke cuba baca...InsyaAllah Allah permudahkan saat genting itu!
 kami masuk ke susur Port Dickson. Alang2 sudah masuk susur itu, saya mencadang pada suami untuk stay di hotel memandangkan jalan yg jem dan kalau teruskan perjalanan pasti lambat sampai ke KL. Jadi kami akan check out pukul 5 pagi sbb hari rabu Hubby  akan  bekerja.

Terus kami menuju ke Hotel Sri Malaysia, mana tahu kalau2 ada bilik kosong. Pesan Hubby jangan terlalu mengharap, takut nanti kecewa pulak. Saya pun tidak menaruh harapan yang tinggi. Ada!Rezeki kami!  dapat famili room. Bolehlah, asalkan dapat hilangkan penat. huh!
Malamnya saya bersiap2  kemas barang2 untuk balik seawal 5 pagi esok.

dan esok pagi........................
Alarm dienset berbunyi. Alahai memang mahu je terus tido. Eh kejap lah...saya berlengah2 malas untuk bangun tutup alarm henset. Terasa hubby bangun tutup alarm pada henset. Dia datang dan berbisik "sayang, abg cuti harini" terbeliak mata saya mendengar. Supppprise!!! wah...wah...gumbiranya dia. Dapat buat saya terkejut sampai  mulut ternganga...hehehe
Kemas dan rapi dia menyampan rahsia yang dia dapat cuti SEMINGGU pulak tuh! "Jangan sedih ye, nanti kita balik Kedah" sedih pun sedih tapi gembira campur bersyukur. Semua yang dirancang sebelum ini tidak menjadi tapi akhirnya tanda kasih Allah saya dapat BALIK KEDAH, JALAN-JALAN DI PD seperti yang dirancang sebelum ini . Terima Kasih Allah!

Rabu      - balik ke Kedah
Juamaat- balik semula ke KL.
Sabtu     - pergi ke jalan TAR
Ahad     - bangun seawal 3.30 pagi untuk ke LCCT. Suka atau tidak saya harus kembali ke Bintulu. Pujukkan hati lagi 3 minggu saya akan balik lagi. InsyaAllah.=)

anekdot:
Cuti kali ni terisi dengan padat, janji masa kita dapat dihabiskan bersama-sama.
& Kata hubby dia tunggu supervisor yg bermiting seampai lewat petang Jumaat ,semata-mata untuk mintak cuti tambahan. Alahai terharu...thanks my love =)

You and Me

Daisypath Anniversary tickers