Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

24 March 2010

Kisah hari Sabtu

Salam 25hb semua!

Ni kisah hari Sabtu lepas.....kami (saya dan hubby) keluar seawal pagi untuk breakfast bersama famili k.Long...kemudian langsung ke Pesta Buku Antarabangsa. Aisyeh sekian lama ditunggu. Mula menapak jam 11pagi sampai 3 petang...memang mengujakan. Masa dok studi dulu dapat seharian di sini sampai petugas kat situ tu suruh keluar, sambil pesan datang lagi  ye dek, esok masih bukak lagi (heh takdelah hehehe) alahai...memang seronok. Kali ni dah tak larat dah memandangkan badan saya yang kurang sehat.

Mencari buku yang dipesan oleh seorang teman 'Doa Menajdi Pengantin Baru setiap Hari' -Usataz Zahazan dia nak  5 buah tuh!  Untuk saya pun dapat jugak hubby belikan yeeee. untung belikan orang dapat jugak untuk sendiri.
Then pusing2 kat booth Jemari Seni. Ngeeee tak disangka sambutan hangat. tengok orang beli novel macam beli ikan segar dan udang galah lelong! main ambik je...kejap2 naik jer stok buku baru kat rak tu. Memang dasyatlah! 

Pilihan buku kali ni lebih ke arah novel kisah rumah tangga kisah2 bacaan dewasa@ orang besaq2. Setelah belek2 dapat 3buah novel. At this time, dah tak berminat lagi membaca novel kisah remaja seawal 20an. Mungkin secara psikologi perubahan minat seiring dengan umo jgk kot. Errr tapi macamnana pulak kalau ada yang sudah jadi bapak budak or umur sudah 35 tahun masih melayan komik Naruto, Wira tunggal ,Gempak dll??? em susah nak jawan tuh. hihihi

Sempat melanggan Ana Muslim untuk Qilah(anak saudara) dia dah suka sangat tu =) 
Last sekali ke booth PTS dapat cenderahati fanclub FB. Tak sia2 saya print kupon  PTS 25% pagi tu. Antara buku yang dibeli di Booth PTS; Guru sebagai Fasilitator dan sebuah buku Dr. Danial  2nd edition- 7 Rahsia Insan Cemerlang.

Waaaah puas hati benar! terima kasih buat hubby yang menjadi peneman setia sepanjang berada di jambatan ilmu hehehe. 

ok mata pun dah ngantuk....wassalam

anekdot: 

Balik petang terus ke jalan TAR beli bihun sup....sedap oooo

3 comments:

Azrul said...

"Errr tapi macamnana pulak kalau ada yang sudah jadi bapak budak or umur sudah 35 tahun masih melayan komik Naruto, Wira tunggal ,Gempak dll??? em susah nak jawan tuh. hihihi"

Amboi2

resmipadi said...

lalala

Najiyah Kassim said...
This comment has been removed by the author.

You and Me

Daisypath Anniversary tickers