Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

18 January 2010

They are happy go lucky....

Thing!


"Ustazah cakap kalau berwudu' mesti basuh muka..... macammana kalau orang tu takda kepala" satu soalan ala-ala higher order thingking muncul di bibir Iskandar. "A'a betul tu kalau orang tu gondol kepala macam mana nak basuh rambut dia?"Zainol pula menyambung. "Em betul tu, kalau orang tu pakai kaki palsu kena basuh tak kaki palsu dia? Hamka pula bertanya.
aku tersenyum mendengar persoalan tiga pelajar tadi. Menarik dan jarang ditanya kalau pelajar-pelajar di sini, that means, they are thingking & good listener during my lesson.


Kalau diamati setahun dalam bidang mendidik di sini tak pernah ada pelajar soalan begitu. Saat menjawab persolan mereka semuanya terpaku penuh minat. Dalam hati aku berdoa moga-moga mereka terus berminat dengan terus seronok untuk belajar agama. Syukur Allah.... moga nur dariMu terus melimpah &lekat di hati mereka. Amin


Buat pengetahuan pelajar-pelajar ni semua dari kelas 1R&S. Ceria n happy go lucky, memang bersemangat..Namun aku akan hanya sempat bersama mereka 6 bulan saja sebab mereka akan berpindah ke sekolah yang baru dijangka siap bulan 6. Kalau takpun mungkin sebab ustazah diorang ni dapat berpindah pulak =) bulan 6 ni. Alahai berangan yang mengaharap jadi kenyataan. 


Kali ni, kalau diamati, tingkatan satu nampak lebih celik jawi&quran. Terubat sikit bila mengajar budak-budak yang ala-ala standard 6 ni.


ok cukup cerita pasal anak didik....


Aha.... dah melepasi minggu kedua persekolahan...
Eh! sebelum tuh semua guru pastinya sibuk bangat diawal minggu2 begini. Aku pon banyak kerja2 pengkeranian yang harus diselesaikan dan dah dibawa balik ke rumah, tapi my heart cannot go on la. Dah sampai rumah semua kerja tak boleh nak diteruskan. Seharian di sekolah dah cukup penat untuk teruskan 'kerja-kerja kerani' kat rumah ni.


Jadual yang sangat padat. (eleh macam ler cikgu lain tak banyak keje iye dok???)hihihi


Untuk tahun yang kedua ni, alhamdulillah dapat mengajar tingkatan 1&4. So far masih lagi berjalan lancar. Harapnya dapat buat  yang terbaik tugas ditahun 2010 ni...


Aktiviti terdekat :



Hari Sukan Sekolah
Opening Smart Group
Temuduga PPPS (Kawan-kawan tolong doakan ya = ) terima kasih
MTQ peringkat sekolah.


Rabbiyassir wala tu'assir...Rabbi tammin bilkhair Ya Kareem...Wassalam...









15 January 2010

"Kalaulah aku diberi pilihan....."




SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing.

Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah.

Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah!

“Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja!

Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah.

Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup.

Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:




  • Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

  • Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

  •  Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

  • Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya.
Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar.

Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?

Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”


 

Sekadar renungan untuk anda dan juga saya =).......





07 January 2010

Pantun Untuk Kanda...


***********************************************


Limau purut lebat di pangkal
Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang rindu apa ubatnya ....

Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Rindu kini tiada penghujung

Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi


Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu


Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Tuan di sana saya di sini
Bagai pungguk rindukan bulan  

Disana pauh di sini pun pauh
Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama tanggungkan 

******************************************************************

31 December 2009

ReHLaH MaHAbbaH

Kali terakhir ke Pulau Pangkor 2 tahun lepas bersama sahabat baik aku; Mcyah, Najwa dan Azi. Time tu final year kat UIA. Sweeeet memory =) . InsyaAllah... Takkan lupa kenangan antara kita.

Kali ni aku berpeluang semula ke P.Pangkor bersama hubby. Menghabiskan cuti 3hari 2malam. Kira 1st honeymoon la nih lalala...  Syukur sampai ke Manjung dengan selamatnya, kami dijemput oleh Makdak untuk transit sebentar di  rumahnya. Diorang selaku penaja penginapan, makan& 'duit jajan'. Terima kasih MakDak&sekeluarga!!!.

Petang tu ke Pangkor untuk dapatkan hotel. Malang banyak chalet& hotel yang penuh. Aduhai...Betapa ramainya umat datang ke sini. Dalam hatiku  dah mula cuak. Takkan  balik gitu je huhu. At last ! dapat jugak satu bilik kat Cystal Hotel. Fuh! lega+ gembira. Terima kasih Allah... =) Senyum pun lebar semula. hehehe

Jumaat-  18.12.09

Satu kejutan!
Kat kedai camera
Disebabkan kamera yang yang bawak tu asyik problem jer, hubby terus decide beli digicam baru

"alhamdulillah syukur nikmat....kepada Tuhan yang memberi Rahmat!!"

        Terima Kasih Hubby!


Dalam feri menuju ke Pulau Pangkor

Sabtu 19.12.09

Jalan-Jalan di Teluk Batik


Tengah tunggu key chain comel diukir..

Makan malam bersama famili MakDak...

Angin malam di Waterfront, Lumut
 

 
Jam kecil     :" Terima kasih jam besar . Waktu yang dilalui amat beharga sekali "
                              Jam besar     :  "Sama-Sama kasih" =) umur panjang jalan2 lg....

*****************************************************************************

29 December 2009

Subuh Bukan Milikku!


Banyak cabaran nak pastikan amalan solat kita dalam keadaan 'tip-top', antaranya solat di awal waktu. Disertakan fakta sains sebagai motivasi untuk kita lebih bersungguh mematuhi waktu yang disusun oleh Allah Yang Maha Mengetahui apa yang baik buat hambaNya.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
wallahu'alam.


anekdot:
 "Pastikan subuh ini milik kita setiap hari...."


petikan dari sumber seorang sahabat 'matahari'- laman friendster

You and Me

Daisypath Anniversary tickers