Sinergy Of Life

Sinergy Of Life

"Manusia yang tidak bertindak selaras dengan tujuan ia diciptakan, akan gugur sifat-sifat kemanusiaanya."

23 February 2010

kejutan demi kejutan!

RehLaH MaHaBBaH II

Rancangan saya untuk balik ke kedah tidak menjadi. Saya tangguhkan rancangan untuk balik semasa cuti sekolah Mac nanti. So, untuk mengisi masa pada cuti tahun baru cina saya dan hubby plan jalan2 di PD.

3 minggu sebelum cuti tahun baru cina saya sibuk mencari hotel di sekitar Port Dikcson. Malangnya semuanya habis dibooking huhu. Setiap malam surf intenet je untuk mencari bilik tetapi akhirnya satu bilik pun tak dapat.

Jadi, rancangan haneymoon kali kedua tidak kesampaian. Itu Rancangan saya, tetapi rancangan Allah adalah yg terbaik dan penuh hikmah. Dah tau saya dan hubby tak dapt hotel Mertua pula rancang mengadakan kenduri kesyukuran di kampung meraikan menantu di kampung dan peristiwa2 lain. Jadi semua perancangan yg dirancang tak menjadi. Kami hanya balik kampung di Batu Pahat.

bermula cuti ......
Ahad- saya balik dr bintulu
Isnin- saya dan hubby bertolak ke batu Pahat.
Selasa- Balik semula ke KL

Dalam perjalananan balik  ke KL tersebut, jalan sangat jem. minyak kereta tinggail dua bar ja. Mau atau tidak kami terpaksa mencari pam minyak. Econ ditutup untuk menjimatkan minyak. Saat genting masa tu. Saya teringat surah al- Kautsar yg biasa dibaca kalau kita saat2 genting begini. Contohnya, Klu tak cukup makanan ke time2 ramai orang, minyak moto nak habis ke cuba baca...InsyaAllah Allah permudahkan saat genting itu!
 kami masuk ke susur Port Dickson. Alang2 sudah masuk susur itu, saya mencadang pada suami untuk stay di hotel memandangkan jalan yg jem dan kalau teruskan perjalanan pasti lambat sampai ke KL. Jadi kami akan check out pukul 5 pagi sbb hari rabu Hubby  akan  bekerja.

Terus kami menuju ke Hotel Sri Malaysia, mana tahu kalau2 ada bilik kosong. Pesan Hubby jangan terlalu mengharap, takut nanti kecewa pulak. Saya pun tidak menaruh harapan yang tinggi. Ada!Rezeki kami!  dapat famili room. Bolehlah, asalkan dapat hilangkan penat. huh!
Malamnya saya bersiap2  kemas barang2 untuk balik seawal 5 pagi esok.

dan esok pagi........................
Alarm dienset berbunyi. Alahai memang mahu je terus tido. Eh kejap lah...saya berlengah2 malas untuk bangun tutup alarm henset. Terasa hubby bangun tutup alarm pada henset. Dia datang dan berbisik "sayang, abg cuti harini" terbeliak mata saya mendengar. Supppprise!!! wah...wah...gumbiranya dia. Dapat buat saya terkejut sampai  mulut ternganga...hehehe
Kemas dan rapi dia menyampan rahsia yang dia dapat cuti SEMINGGU pulak tuh! "Jangan sedih ye, nanti kita balik Kedah" sedih pun sedih tapi gembira campur bersyukur. Semua yang dirancang sebelum ini tidak menjadi tapi akhirnya tanda kasih Allah saya dapat BALIK KEDAH, JALAN-JALAN DI PD seperti yang dirancang sebelum ini . Terima Kasih Allah!

Rabu      - balik ke Kedah
Juamaat- balik semula ke KL.
Sabtu     - pergi ke jalan TAR
Ahad     - bangun seawal 3.30 pagi untuk ke LCCT. Suka atau tidak saya harus kembali ke Bintulu. Pujukkan hati lagi 3 minggu saya akan balik lagi. InsyaAllah.=)

anekdot:
Cuti kali ni terisi dengan padat, janji masa kita dapat dihabiskan bersama-sama.
& Kata hubby dia tunggu supervisor yg bermiting seampai lewat petang Jumaat ,semata-mata untuk mintak cuti tambahan. Alahai terharu...thanks my love =)

18 February 2010

Suami kasih, Tanda Allah sayang....








"Seronok tak kawen"
Persoalan yang biasa diaju bila saat melangkah ke alam perkahwinan...

 Jawapan begini yang selalu didengar:
"Seronok, hepi sangat...nice new journey... best...kalau tahu dah lama kawen... "dan mcm2 lagi..
Namun harus diingat setiap perkahwinan sentiasa diuji tak kiralah dia tu raja, menteri, ustazah/ustaz orang kaya, malah jugak orang miskin. 

Bila dah kawen, kita sebagai perempuan mesti risau kalau suami dah tak sayang kan?
Namun persoalannya tidakkah kita risau kalau Allah tak sayang disebabkan kelalaian kita? Suami /isteri yang tidak solat, sentiasa mencari kepuasan dunia, hingga rahmat dan kasih sayang Allah hilang, natijahnya kita akan terpisah dari rahmatNya.   
Haa... one more thing, kurniaan rahmat amatlah penting dalam mencari barakah rumah tangga,  kerana dengan rahmat dan kasih sayang tu, rezeki bertambah, kebahagiaan melimpah..

Sama-sama kita fikirkan ya!(untuk mereka yang sudah &bakal meniti alam yang penuh cabaran&dugaan ini).

Panjat kesyukuran pada Allah S.W.T kerana telah melimpahkan  rahmatNya di hati suami, lalu kerana rahmat itu suami pun sayang pada kita.


13 February 2010

Mansang ayuh Mansang!

 

 

BEREH!

Ape yang bereh???! emm actly yang beresnya merujuk kepada 'they are happy go lucky'.  Antara aktiviti yg tercatat dalam n3 tersebut adalah hari sukan sekolah. Hari sukan sekolah berlangsung 3 hari termasuk 'student on perade'. 

                        gambar 1- Bersama hepi frens zura & ana =) 

                        gambar 2-  Persiapan acara guru lelaki (4x100m)

                        gambar 3- Acara penutup student on perade 
                                            (tarian selamat datang )

                        gambar 4- Haaa hari sukan pon sempat lagi cicah colek
                                            (buah  kedondong&jambu batu)    

                       gambar 5- Antara acara padang yang sedang 
                                                    berlangsung.

                       gambar 6- Bersama Princess Fiona

                                gambar 7- Perarakan unit berunifom pelajar.
                                                    (closing ceremony)

Itulah serba sedikit gambaran hari sukan SMK Bintulu. Setiap tahun memang booking Stadium Bintulu kerana tempat ini saja yang cukup untuk menampung pelajar yang ramai itu.


Mansang ayuh Mansang!

anekdot: 
 Kepada cikgu2 yg kulitnya burn kerana berpanas di padang, sila dapatkan sponser 'sunblock' dari PK koku hehehe.
 

You and Me

Daisypath Anniversary tickers